LAPORAN HARI KEDUA KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2016
Tarikh
: 23 Mac 2016 (Rabu)
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat
Masa :
6.30 pagi hingga 10.00 malam
Hari kedua Kem Bakat Memanah diteruskan dengan semua
atlet berkumpul di lobi pada jam 6.30 pagi untuk bergerak ke institut Sukan
Negara bagi sesi ujian kecergasan. Ujian Kecergasan ini dikelola sepenuhnya
oleh pihak ISNM yang diketuai oleh Encik Tommy bersama penguji-penguji yang
dilantik. Antara ujian yang dijalankan adalah Anthropometry, Flexibility
(Modified Sit & Reach), Strength Endurance (Push Up, Crunches &
Planking) & Aerobic (larian 2.4km).
Setelah selesai Ujian Kecergasan sebelah pagi, atlet berkumpul
dan bergerak ke Kompleks Sukan Negara Taman Keramat untuk makan tengahari dan
active rest selama 2 jam sebelum bersambung pada sebelah petang.
Sesi petang diteruskan dengan Basic Shooting Technique
(Amali). Pada sesi ini jurulatih yang berpengalaman seperti Jurulatih Othman,
Jurulatih Izzudin dan beberapa orang lagi jurulatih akan membantu membetulkan
kesalahan-kesalahan yang dilakukan seperti kedudukan postur badan, kedudukan
tangan dan cara tarikan yang betul. Sesi petang selesai pada jam 6.30 petang.
Pengisian program malam diteruskan dengan sesi Motivasi
Psikologi yang disampaikan oleh Cik Nik Azma Hanin dari Pusat Psikologi
Sukan ISNM. Objektif ceramah bertujuan memahami kesan psikologi yang dapat
dilihat sebagai satu petunjuk positif dalam diri atlet menghadapi cabaran dan
mengatasi tekanan, gementar, potensi kekasaran, keyakinan dan pembangunan
kendiri yang boleh menjadi pemangkin kepada penglibatan berterusan dalam
aktiviti fizikal dan sukan. Sesi ceramah tamat pada jam 10.00 malam dan atlet
dilepaskan untuk minum malam sebelum bergerak balik ke hotel untuk
berehat.
Sekian, Terima Kasih
Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
0 comments:
Post a Comment