Sunday, March 27, 2016

LAPORAN HARI KEEMPAT KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2016

Tarikh : 25 Mac 2016 (Jumaat)
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat
Masa : 6.30 pagi hingga 10.00 malam

Program hari keempat diteruskan seperti biasa dengan atlet bergerak dari hotel pada jam 6.30 pagi menaiki bas yang disediakan. Atlet berkumpul dengan taklimat pagi oleh En.Giam sebelum nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Selepas itu, atlet diberi masa selama 15 minit untuk regangan dan berlari "slow jog" sebanyak 5 pusingan. Atlet dilepaskan untuk bersarapan pagi sebelum bergerak ke lapang sasar untuk meneruskan sesi latihan pagi.

Sesi latihan pagi diteruskan dengan latihan Shooting Skill (Teknikal) jarak 15 meter dengan dipantau oleh jurulatih. Semasa sesi latihan, jurulatih banyak memperbetulkan teknik release sebelum melepaskan arrow. Selesai latihan pagi atlet bergerak ke dewan makan untuk makan tengahari dan solat jumaat sebelum latihan petang bersambung.

Sebelah petang bersambung dengan sesi latihan Shooting Skill (Teknikal) jarak 30 meter. Sebelum latihan jurulatih meminta semua atlet untuk mengisi borang diskripsi laporan pemanah bagi dinilai oleh jurulatih pada keesokan hati mengikut pecahan kumpulan.

Pengisian program malam diteruskan dengan Sesi Edication Sport Science (Biomekanik) bersama Pegawai Biomekanik ISN Cik Yallini. Penceramah menerangkan bahagian anggota tubuh badan menghasilkan pengerakan dengan berbagai-bagai teknik untuk penghasilan tubuh, daya dan imbangan yang optimum. Biomekanik ini juga dibahagikan kepada 2 kaedah iaitu secara statistik dan dinamik. Sesi ceramah tamat pada jam 10.00 malam dan atlet bergerak balik ke hotel.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved