Monday, February 29, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 27 Februari 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Syed Roslan Syed Khalid
2. En. Ahmad Rahimi Bin Azizan
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh

ATLET
1. 24 orang

LATIHAN
1. Penyesuaian latihan dan regu untuk kejohanan MSSPP. Latihan ini adalah persiapan untuk peringkat separuh akhir & akhir kejohanan MSSPP di SMK Desa Murni, Sungai Dua pada 29 Februari 2016.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Atlet terlibat untuk kejohanan MSSPP (separuh akhir & akhir) yang berlangsung dari 29 Februari 2016 di SMK Desa Murni Sungai Dua.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti bola takraw, jaring, punching bag.
2. Bola untuk latihan kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Telah menerima surat penyambungan kontrak dari jurulatih untuk tahun 2016.
2. Semasa pemantauan dibuat atlet sedang menjalani latihan penyesuaian regu untuk persiapan kejohanan MSSPP pusingan separuh akhir dan akhir pada 29 Februari 2016 di SMK Desa Murni Sungai Dua. Kejohanan ini melibatkan 3 peringkat umur iaitu bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun.
3. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah dan tidak boleh digunakan lagi.
4. PPN juga memaklumkan pada jurulatih bahawa pembelian bola takraw dan lain-lain akan dibuat secepat mungkin menggunakan peruntukan dari peralatan kecil.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved