LAPORAN KLINIK SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK (WAG)
Tarikh
: 29 Februari 2016 (Isnin)
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Gimnasium Gimnastik MSNPP
KEHADIRAN
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Gimnasium Gimnastik MSNPP
KEHADIRAN
1.
Cik Nursyafiqah Binti Salamat - PPN USPTN
2. En. Liu Shu Nan - JLN USPTNPP
3. Puan Jessica Tan Ai Ling - JPM MSNPP
2. En. Liu Shu Nan - JLN USPTNPP
3. Puan Jessica Tan Ai Ling - JPM MSNPP
Jumlah
atlet : 18 orang (wanita)
Kehadiran
Ibu Bapa : 36 orang
OBJEKTIF
Klinik sukan gimnastik (WAG) adalah untuk mencari
bakat-bakat baru yang boleh digilap, lalu diketengahkan di peringkat lebih
tinggi seperti mewakili daerah mahupun negeri. Ia juga dapat memberi pengalaman
baru pada setiap pelajar untuk mengenal serta mempraktik teknik-teknik yang
betul sebelum pemilihan dibuat. Pihak Unit juga ada membentangkan beberapa
perkara dan hala tuju sukan ini pada setiap pelajar dan ibu bapa sekiranya
terpilih.
PENYERTAAN
Program klinik pada kali ini melibatkan pelajar-pelajar
daripada 6 buah sekolah (SJK (C) Min Sin, SJK (C) Shang Wu, SJK (C) Chung Hwa
A, SJK (C) Chung Hwa B, SK Minden Height, SJK (C) Kheng Tean) yang telah
dipilih pada 17 dan 19 Februari 2016 dalam program TID. Seramai 350 orang
pelajar wanita yang terdiri daripada pelajar darjah 1 daripada 6 buah sekolah
telah terlibat pada sesi pemilihan awal. Pada peringkat awal, jurulatih akan
mencari seberapa ramai pelajar yang berpotensi untuk menjalani latihan sebagai
seorang gimnas. Peringkat kedua pihak ISNPP akan melakukan beberapa jenis ujian
diantaranya ialah antropometrik (berat badan, tinggi, tinggi duduk dan
panjang depa, kuasa (lompat jauh berdiri), kepantasan (20 meter lari pecut),
kelenturan (depth of slope dan side split) dan keseimbangan (balance stork
test). Seterusnya untuk WAG hanya 29 orang pelajar wanita daripada 6 buah
sekolah terpilih untuk menjalani latihan di Gimnasium MSNPP pada 29 Februari
2016.
Klinik sukan ini diteruskan dengan sesi ringkas
bersama jurulatih dan beberapa ujian telah dilakukan oleh jurulatih untuk
mengenalpasti pelajar yang berpotensi. Selain itu juga, demostrasi dari senior
WAG Pulau Pinang juga dapat ditonton bagi menarik minat pelajar dan ibu bapa
untuk membenarkan anak mereka menyertai sukan gimnastik. PPN dan Jurulatih juga
memberikan taklimat pengenalan serta peraturan sukan gimnastik kepada ibu bapa
dan pelajar.
Semoga program sebegini dapat diadakan pada tahun
akan datang serta menjadi pemangkin untuk melahirkan ramai jaguh-jaguh baru
bagi sukan gimnastik.
Sekian
Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh
Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah
Binti Salamat
0 comments:
Post a Comment