LAPORAN KLINIK DAN TID SUKAN ANGKAT BERAT
Tarikh
: 23 Mac 2016 (Rabu)
Masa
: 8.30 Pagi
Tempat
: SMK Permatang Tok Labu, Penaga
Kehadiran
:
1. En
Jamil Bin Hashim (JSM USPTNPP)
2. En.
Akmal Bin Hashim (PPN USPTNPP)
3. Cik
Nursyafiqah Bt Salamat (PPN USPTNPP)
4. 3
Guru Penyelaras Sukan Angkat Berat
5. 5
Atlet Angkat Berat
6. 113
Pelajar
Klinik dan TID Sukan Angkat Berat diadakan di Dewan SMK Permatang Tok Labu Penaga dan dijalankan pada jam 8.00 pagi. Pada hari ini pemilihan ditumpukan kepada pelajar-pelajar umur 13 tahun dan seramai 113 pelajar telah menghadiri dalam pemilihan ini.
Klinik dan TID ini diteruskan dengan sesi pengenalan
Sukan Angkat Berat dan seterusnya demo angkatan Snacth dan Clean & Jerk
dijalankan oleh atlet yang sedia ada.
Seterusnya Klinik dan TID Sukan ini diteruskan oleh dengan sesi bersama jurulatih dan beberapa ujian telah dilakukan oleh jurulatih untuk mengenalpasti pelajar yang berpotensi. Antara ujian tersebut adalah mengenalpasti postur atau posisi badan dan ujian berkenaan asas kekuatan kaki.
Hasil dari program ini, seramai 48 pelajar telah dikenal
pasti untuk menjalani latihan yang terdiri daripada 34 lelaki dan 14 wanita.
Jurulatih memaklumkan bahawa atlet-atlet ini perlu menjalani latihan beberapa
bulan sebelum di masukkan dalam program Pelapis.
Untuk
makluman, Klinik dan TID ini akan diadakan pada 30 Mac 2016 di tempat dan masa
yang sama. Pada kali ini Klinik dan TID ini ditumpukan kepada pelajar 14 tahun
pula.
Pihak
USPTNPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi
kerjasama yang baik untuk menjayakan program ini dan memberi sokongan untuk
menaikkan nama sukan Angkat Berat.
Sekian.
Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim
0 comments:
Post a Comment