Monday, March 8, 2010

TAN SRI DATO S.M. YONG TROPHY DAN SPORT EXCEL 2ND JUNIOR SHOOTING CHAMPIONSHIPS

Kejohanan : Tan Sri Dato' S.M.Yong Trophy & Sportexcel 2nd Junior Shooting Championship
Tarikh : 04-07 Februari 2010
Tempat : Lapang Sasar Subang, Selangor
Atlet : 13 orang
Jurulatih : 3 orang


03.03.2010

Pasukan bertolak dari lapang sasar Pulau Pinang pada jam 07.30 pagi dengan menaiki coaster MSNPP dan tiba di lapang sasar Subang pada jam 01.15 petang. Sebaik tiba saya menghadiri mesyuarat pengurus pasukan bagi membincangkan isu semasa berkaitan sukan,menyerahkan senarai atlet yang menyertai kejohanan dan acara,memberi cadangan dan memperkenalkan diri buat kali pertamanya sebagai Jurulatih Sepenuh Masa negeri Pulau Pinang. Pada jam 03.00 petang saya bersama atlet-atlet membuat pemeriksaan senjata dan peralatan dengan pihak penganjur untuk memastikan senjata dan peralatan pasukan Pulau Pinang menepati spesifikasi dan peraturan yang ditetapkan. Pasukan bertolak dari lapang sasar pada jam 05.30 petang selepas latihan pasukan dan check- in di Hotel Sun Inns, Bandar Sunway.


04.03.2010

Acara pada hari ini adalah 10M Air Rifle Lelaki, 50M 3 Posisi Wanita, Centre Fire Lelaki dan Sport Pistol Lelaki. Kesemua acara bermula pada jam 09.00 pagi hingga 02.00 petang termasuk pusingan akhir namun tiada penembak Pulau Pinang yang memasuki peringkat akhir dan tiada sebarang kutipan pingat pada hari ini. Untuk acara pada hari esok pula, penembak tidak dapat membuat latihan pada hari ini kerana lapang sasar 50 meter sedang diperbaiki. Latihan pada hari terakhir sebelum hari pertandingan adalah amat penting bagi penembak mengkaji keadaan angin,cahaya dan posisi sasaran kerana setiap venue pertandingan adalah berbeza. Sebelum bertolak ke hotel saya telah mengadakan mesyuarat bersama semua atlet dan jurulatih buat kali pertamanya bersama pasukan Pulau Pinang. Jurulatih Separuh Masa iaitu En. Mohd Syamin Bin Saharrudin dan atlet rifle lelaki Mohamad Nabil Bin Jamaludin tidak mengikuti pasukan dan belum melaporkan diri.


05.03.2010

Acara pada pagi ini adalah 10M Air Pistol Wanita, 25M Rapid Fire Pistol, 50M Prone Lelaki dan 50M Prone Wanita. Acara bermula pada jam 09.00 pagi hingga 02.00 petang dan tiada sebarang kutipan pingat pada hari ini. Atlet rifle lelaki Mohamad Nabil Bin Jamaludin dan Jurulatih Separuh Masa En. Syamin Bin Saharrudin melaporkan diri sebaik sebelum acara bermula. Pada jam 03.00 petang latihan bermula dan tamat pada jam 05.00 petang.


06.03.2010

Jam 09.00 pagi acara 50M 3 Posisi Lelaki, 10M Air Pistol Lelaki dan 25M Standard Pistol Lelaki bermula dan acara peringkat akhir tamat pada jam 03.00 petang. Penembak rifle lelaki Mohamad Nabil Bin Jamaludin menarik diri dari acara 50M 3 Posisi Lelaki dengan alasan tidak menjalani latihan sejak SUKMA 2008 di Terengganu dan kemudian pulang ke Perak bersama pakciknya meninggalkan pasukan. Sehingga hari ini masih lagi belum ada kutipan pingat.


07.03.2010

Pasukan telah check – out dari hotel pada jam 07.00 pagi dan terus ke lapang sasar Subang. Acara pada hari terakhir kejohanan adalah 10M Air Rifle Wanita, 25M Pistol Wanita dan 50M Pistol Lelaki yang bermula pada jam 09.00 pagi hingga 02.30 petang. Tiada sebarang pingat pada hari ini juga dan pasukan bertolak dari lapang sasar Subang pada jam 03.15 petang dan tiba dengan selamatnya di lapang sasar Pulau Pinang pada jam 08.15 malam.


ULASAN KEJOHANAN / PASUKAN

Kejohanan telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan 14 pasukan termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dan satu rekod baru kebangsaan telah di catatkan oleh penembak Johor dalam acara 50M Prone Lelaki. Kejohanan ini adalah penting bagi pasukan negeri yang akan menyertai kejohanan SUKMA 2010 di Melaka tidak lama lagi. Sejak saya melaporkan diri pada 02hb Mac 2010 dan terus menjalani latihan. Dengan 2 hari latihan yang intensif, atlet Muhamad Faruq Bin Abdul Hamid telah membidik 564 mata dalam acara 10M Air Rifle Lelaki yang merupakan markah tertinggi pernah di catatkan olehnya yang sebelum ini markah tertingginya adalah 555 mata.


CADANGAN

Saya mencadangkan untuk mengajurkan satu latihan pusat selama 10 hari bersama semua atlet – atlet menembak bagi memantapkan lagi pasukan untuk menghadapi cabaran SUKMA 2010 di Melaka. Saya yakin prestasi mereka boleh diperbaiki dalam masa terdekat ini kerana kini mereka bersemangat tinggi untuk menjalani latihan. Peralatan menembak seperti kasut, gloves dan beberapa peralatan lain perlu didapatkan dengan segera kerana ia juga memberi kesan pada prestasi atlet – atlet.

Laporan oleh : Muhammad Ivarn Syazwan





0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved