Tuesday, March 16, 2010

BENGKEL ATLET ELIT SUKMA XIII 2010 MELAKA

Program : Bengkel Atlet Elit SUKMA XIII 2010 Melaka
Tarikh : 13 – 15 Mac 2010
Tempat : PBA Team Building Centre, Air Itam, Pulau Pinang
Bil. Peserta : 55 Orang Atlet
Anjuran : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang


Bahang Sukan Malaysia XIII 2010 kian terasa. Persediaan dan program ke arah meraih seberapa banyak pingat semasa sukan dwi tahunan tersebut harus disusun dan direncana dengan baik bagi memastikan matlamat yang diidamkan dapat dicapai. Sehubungan dengan itu, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel Atlet Elit SUKMA XIII 2010 pada 13 – 15 Mac 2010 lalu bertempat di PBA Team Building Centre, Air Itam.

Seramai 55 orang atlet Elit Negeri & Projek Mutiara menyertai program ini yang bertujuan;

Bengkel Atlet Elit ini bertujuan untuk penyediaan atlet khasnya golongan Atlet Elit SUKMA XIII, 2010 Melaka untuk memberi kesedaran cabaran negeri Pulau Pinang di SUKMA XIII, 2010 Melaka.

Memberi ilmu komponen ”Mental” psikologi sukan kepada atlet elit sebagai latihan komponen mental termasuk ”skill-skill” yang perlu diajar dan mempraktikkan kemahiran psikologi mengikut fasa persediaan bagi menguatkan tahap ”mental ” dan kerja sama sebagai satu kumpulan (team work)

Memberi pendedahan dan maklumat tentang pemakanan, kesihatan dan kecergasan atlet elit dari pihak ISN untuk persediaan atlet di SUKMA XIII nanti.

Majlis Penutup bagi program ini telah disempurnakan oleh YB Lydia Ong Kok Fooi, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti Negeri Pulau Pinang. Turut hadir Pengarah Majlis Sukan Negeri serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurus Majlis Sukan Negeri.












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved