Wednesday, March 24, 2010

PEMANTAUAN PLN - AKUATIK (TERJUN)

Sukan : Akuatik - Terjun
Tarikh : 23hb Mac 2010 (Selasa)
Tempat : PLN Terjun, PISA Relau Pulau Pinang
Jurulatih : JLN Xu Ji
Masa Latihan : 7.00 pm hingga 10.00 pm
Masa Lawatan : 6.30 pm hingga 8.30 pm

Kehadiran Jurulatih
Hadir jam 6.40 petang

Kehadiran Atlet


Kehadiran tepat pada masa oleh atlet Elit, Pelapis dan Pembangunan.Jumlah kehadiran pada hari ini adalah 11 orang dengan pecahan 4 Elit, 4 Pelapis dan 3 Pembangunan. Atlet Pelapis dan Pembangunan minta hadir latihan pada jam 7.00 malam kerana waktu pagi & petang terlibat dengan aktiviti sekolah. Jadual Waktu latihan atlet terjun seperti dilampirkan.

Latihan

1.Dimulakan dengan warm-up lari didalam lingkaran Pusat Akuatik sebanyak 3 kali dan diikuti dengan basic warm-up dari atas (kepala) ke kebawah (kaki).

2. Setiap atlet berbeza bentuk latihan dan berikut adalah bentuk latihan yang dijalankan pada hari ini (23/03/2010)


Kemudahan

1.Tali Harness di latihan darat perlu di tukar (dari tahun 2004) - akan mohon di MSNegeri

2.Harness di kolam sehingga kini masih belum di pasang, secara verbal dimaklumkan oleh Persatuan akan dipasang selepas Tahun Baru Cina 2010 - akan rujuk pada Persatuan.

Lain-lain Perkara

Telah maklumkan sekali lagi pada Jurulatih tentang 3 perkara ;

1. Program Mac & April 2010

a. Kem Bakat Sukan Terjun Siri 01/2010 di Negeri Sembilan - 26 - 31 Mac 2010
b. Kejohanan Terjun Program Pelapis Negeri 01/2010 di Selangor - 9 - 11 April 2010
c. Kejohanan Terjun Peringkat Umur Kali Ke-46/2010 di Negeri Sembilan - 29 Apr - 1 Mei
* Urusan Pelepasan Sekolah telah diuruskan dan telah terima borang kebenaran ibubapa
* Urusan Pengangkutan, Penginapan, Makan dll akan diuruskan oleh SDO
* Telah beri senarai keperluan yang perlu dibawa semasa di Kem & Kejohanan nanti

2. Satu Perjumpaan Bersama Ibubapa Atlet Bil 01/2010 akan diadakan pada 06hb April 2010 di Bilik Mesyuarat Pusat Akuatik PISA jam 7.00 malam - akan maklumkan pada Persatuan minta hadir sama.

3. Jurulatih mohon untuk latihan di Perak atau Kuala Lumpur - akan berbincang bersama Persatuan dan Penyelaras MSNegeri.

Pemantauan tamat pada jam 8.30 malam dan dilampirkan beberapa gambar ketika sessi pemantauan dibuat.

Sekian, terima kasih

Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi




0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved