Tuesday, March 30, 2010

KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS NEGERI SIRI 1/2010 - 3rd Day

Laporan ringkas kem pada hari ketiga adalah seperti berikut :

28hb Mac 2010 (Ahad)

Rutin hari ke-3 seperti biasa dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sessi pagi selepas sarapan jam 7.30 pagi akan menuju ke kolam menaiki bas. Latihan bermula seawal jam 8.30 pagi. SDO pula akan membentangkan mengenai program latihan masing-masing. Pagi ini, hanya 3 sdo yang sempat membuat pembentangan iaitu Sabah, Pulau Pinang dan Perak. Sessi pagi tamat jam 11.30 pagi. Selepas itu makan tengahari dan atlet dikehendaki berehat kerana esok ada ujian kecergasan oleh ISN.

SDO pula menyambung pembentangan bermula dengan SDO Kuala Lumpur, diikuti SDO Pahang dan SDO Sarawak. Pembentangan tamat jam 5.00 petang. JPM juga tidak terlepas untuk menghadiri motivasi bersama En Ibrahim Mohamed dan diharap hasil dari motivasi tersebut dapat menaikkan semangat JPM terjun untuk memajukan sukan terjun di negeri masing-masing. Malam tiada aktiviti untuk atlet dan satu perjumpaan kecil yang hanya dihadiri oleh SDO telah diadakan di bilik Urusetia dan jamuan makan malam kecil telah disediakan dan dimasak oleh SDO Negeri Sembilan En Muswandie Musa.

Sekian, untuk laporan hari ke-3.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi







0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved