Monday, March 22, 2010

LATIHAN BERSAMA ATLET MENEMBAK PULAU PINANG & PERAK

Tarikh : 19 & 20 Mac 2010
Program : Latihan Bersama Atlet Menembak Pulau Pinang dan Perak
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang

Seramai 10 orang atlet pelapis Perak di bawah kendalian En. Felix Ho dan 14 orang atlet pelapis Pulau Pinang di bawah kendalian En Irvan Syazwan telah menjalani latihan bersama di Kelab Menembak Pulau Pinang. Hasil perbincangan saya bersama kedua-dua jurulatih, tujuan latihan ini diadakan untuk berkongsi teknik atau kaedah menembak disamping bertukar-tukar pendapat tentang program latihan. Selain itu juga, ia bertujuan memberi pendedahan kepada atlet mempraktikkan apa yang di pelajari semasa latihan dan diaplikasikan pada hari tersebut seperti kejohanan sebenar.

Latihan

Pada hari pertama, atlet pelapis Pulau Pinang dan Perak melakukan latihan bebas.
Hasil pemantauan saya pada hari kedua, atlit Pelapis Perak dan Pulau Pinang telah datang seawal jam 8.30 pagi. Bermula jam 9.00 pagi, atlit dari kedua-dua negeri melakukan latihan menembak sambil di bantu oleh coach Felix Ho dan Ivarn Syazwan.

En. Felix Ho juga telah mengadakan satu sesi ceramah bertajuk 'mental preparation' selepas waktu latihan. Ceramah yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada atlet bagaimana untuk melatih minda dalam keadaan terkawal samada sewaktu latihan ataupun kejohanan.

Cadangan

En. Felix Ho mencadangkan agar latihan bersama yang diadakan ini berterusan agar atlet dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dan dapat berkongsi ilmu di dalam sukan tersebut. InsyaAllah program seumpama ini akan diteruskan dan USPTN Pulau Pinang mengalu-alukan kedatangan negeri-begeri yang berminat untuk mengadakan latihan bersama.

Laporan Oleh : Syamsul Afzan Bin Mohd Nor





0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved