Tuesday, March 30, 2010

KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS NEGERI SIRI 1/2010 - 4th Day

Laporan hari ke-empat kem terjun adalah seperti berikut :

29hb Mac 2010 (Isnin)

Seperti didalam jadual program, hari ini akan diadakan Ujian Kecergasan kepada semua atlet yang menyertai kem ini. Ujian dibuat oleh ISN Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Beberapa ujian telah dibuat keatas atlet-atlet tersebut dan atlet memberi respon yang baik dan kerjasama kepada penguji2 ISN. Ujian ini juga telah dibantu oleh Jurulatih-Jurulatih kem.Ujian tamat jam 11.00 tengahari. Jam 11.30 pagi, PCP telah membuat perjumpaan bersama SDO yang terlibat didalam kem ini.

Amanat beliau, diharap semua sdo menjalankan tugas dengan baik, memainkan peranan didalam kerja, membuat lawatan pusat latihan, berjumpa jurulatih, membuat hubungan yang baik dengan persatuan negeri, kerjasama bersama Majlis Sukan Negeri dan lain-lain.

Jam 3.00 petang, sessi latihan telah diadakan seperti biasa dan atlet perlu bersedia untuk menghadapi mini pertandingan esok hari.

Sekian, laporan hari ke-4..Jumpa esok..















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved