Tuesday, March 16, 2010

KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN SIRKIT 1, 2010

Sukan : Memanah (Recurve & Compound)
Tarikh Kejohanan : 03hb hingga 07hb Mac 2010
Tarikh Bertolak : 02hb Mac 2010
Tarikh Pulang : 08hb Mac 2010
Venue : Institut Integriti Kem Telaga Batin, Terengganu Darul Iman

02hb Mac 2010 (Selasa)

Pasukan berkumpul seawal jam 8.00 pagi di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan telah bertolak ke Negeri Terengganu pada jam 9.30 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam. Telah tiba pada jam 6.00 petang dan menginap di Homestay di Gong Badak, Terengganu Darul Iman. Malam tiada aktiviti dan semua berehat dan akan memulakan latihan pada esok harinya.

03hb Mac 2010 (Rabu)

SDO, JPM dan Pengurus telah melihat venue dan keadaan tempat Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan 01/2010 di Institut Integriti Kem Telaga Batin, Terengganu. Kami telah menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan dan mendengar Taklimat Undang-undang baru dan berkuatkuasa pada 1hb April 2010. Mode / Sistem yang digunakan adalah sistem ABC. Atlet tidak dibenarkan membuat latihan pada waktu pagi di venue kerana padang belum siap sepenuhnya oleh pihak penganjur. Latihan Rasmi adalah pada waktu petang jam 2.30 petang. Pagi atlet diminta untuk memeriksa peralatan (bow) di homestay masing-masing. Keadaan cuaca baik cuma panas dan berdebu (kerana kawasan baru). Atlet digalakkan minum air masak dengan banyak. Selepas latihan rasmi, telah diadakan satu sesi psikologi bersama Pegawai ISN Pulau Pinang, Cik Nur Diana Abu Hasan. Malam, tiada aktiviti dan atlet diminta untuk berehat secukupnya kerana keesokkan harinya kejohanan akan bermula.

04hb Mac 2010 (Khamis)

Kejohanan bermula pada jam 8.30 pagi dengan Pusingan FITA Recurve Lelaki Jarak 90m & 70m dan Pusingan FITA Compound Wanita Jarak 70m & 60m. Sessi Petang jam 2.30pm, telah bermulanya Pusingan FITA Recurve Wanita Jarak 70m & 60m dan Pusingan FITA Compound Lelaki Jarak 90m & 70m. Pada 2 jarak yang dipertandingkan pada hari ini, prestasi keseluruhan atlet tidak memuaskan kecuali beberapa atlet telah menunjukkan prestasi yang membanggakan.

05hb Mac 2010 (Jumaat)


Kejohanan bersambung pada hari ini jam 8.30 pagi dengan Pusingan FITA Recurve Lelaki Jarak 50m & 30m dan Pusingan FITA Compound Wanita Jarak 50m & 30m. Jam 2.30 petang Pusingan FITA Compound Lelaki Jarak 50m & 30m dan Pusingan FITA Recurve Wanita Jarak 50m & 30m. Keputusan keseluruhan pasukan adalah baik dan ada beberapa perlu diperbaiki dan JPM telah ambil maklum tentang perkara ini.
Pada sebelah malam telah diadakan satu Jamuan Makan Malam kepada semua kontigen oleh pihak Penganjur dan telah dirasmikan oleh Exco Belia & Sukan Negeri Terengganu.Tamat jam 10.30 malam dan pulang ke Homestay masing-masing.

06hb Mac 2010 (Sabtu)

Pada hari ini akan berlangsungnya Pusingan Olimpik Individu Lelaki & Wanita Acara Recurve & Compound. Keputusan amat membanggakan untuk kedua-dua kategori. Penyampaian Hadiah untuk Pusingan FITA (Semua Jarak) Lelaki & Wanita Acara Recurve & Compound telah diadakan pada jam 2.30 petang oleh Exco Belia & Sukan Negeri Terengganu dan diiringi oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Darul Iman.

07hb Mac 2010 (Ahad)

Hari terakhir adalah kejohanan adalah Pusingan Olimpik Berpasukan Kategori Lelaki & Wanita Acara Recurve & Compound. Keputusan yang amat mendukacitakan, pasukan telah tewas pada pusingan awal, tetapi skor meningkat. Telah tewas pada pasukan ATM (Compound Lelaki & Wanita) dan pasukan Recurve telah ditewaskan oleh Pasukan UiTM Perak.

08hb Mac 2010 (Isnin)

Jam 7.00 pagi, telah bergerak pulang ke Pulau Pinang dan telah selamat tiba jam 4.30 petang di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Keseluruhannya, prestasi atlet naik turun. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama untuk tahun ini dan atlet telah diminta untuk meningkatkan prestasi dan skor masing-masing.
Sekian dari saya melaporkan untuk sukan memanah untuk semua.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi





0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved