KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS NEGERI SIRI 1/2010 - 2nd Day
Laporan hari ke-2 perjalanan kem terjun.
27hb Mac 2010 (Sabtu)
Jam 7.00 pagi atlet mengambil sarapan pagi dan menu hari ini bihun goreng, nasi goreng, bijirin, roti bakar, telur dadar dan air milo. Jaoim 8.00 pagi atlet atlet bergerak ke Pusat Akuatik Negeri Paroi, Negeri Sembilan menaiki bas. Atlet dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A adalah atlet terjun yang boleh terjun dan telah mempunyai DD (Degree of Difficulty) dan atlet B adalah atlet yang baru untuk mempelajari teknik-teknik mula (basic).Pecahan Jurulatih mengikut kumpulan adalah seperti berikut :

Kumpulan A
1.JLN N.Sembilan – Zeng Xilong
2.JLN P.Pinang – Xu Ji
3.JLN W.Persekutuan – Qi Jian Hua
4.JPM Perak – Nor Aznizal Najib
5.JPM Sabah – James Sendayud
6.JLN Selangor
1.JLN N.Sembilan – Zeng Xilong
2.JLN P.Pinang – Xu Ji
3.JLN W.Persekutuan – Qi Jian Hua
4.JPM Perak – Nor Aznizal Najib
5.JPM Sabah – James Sendayud
6.JLN Selangor
Kumpulan B
1.JLN Perak – Zhou Xi Yang
2.JLN Kedah – Hu Wen Ying
3.JPM Perlis – Azamin Man
4.JPM Terengganu – Rosatimah Mohamad
5.JSM N.Sembilan – Darul Amin Hanafi
6.JPM Johor – Agnes Wong Chiew Hung
7.JPM Sarawak – Gracie Junita Anak Terry Paga

Atlet memulakan latihan pada jam 8.30 pagi dimulakan dengan 'warming up' diketuai oleh JPM Sarawak dan dibantu oleh Jurulatih2 yang lain. SDO pula ditempatkan di bilik yang bersebelah dengan kolam semasa atlet sedang menjalani latihan dan membuat pantauan dari masa ke semasa. Latihan tamat jam 11.30 pagi dan atlet bersiap untuk balik ke penginapan untuk makan tengahari dan berkumpul semula di lobi jam 2.30. Latihan sessi petang berjalan seperti yang dirancangkan dan SDO pula perlu membuat perbentangan bersama Pengarah Cawangan Pelapis, En.Jefri Ngadirin, Ketua Unit Serantau, En.Nor Izuwan dan Pengurus Pelapis Negeri, En.Megat Ahmad Kushairy B.Abd Aziz dan Naib Presiden Persatuan Kebangsaan, En.Zainal.
Hanya 3 negeri sahaja yang sempat membuat perbentangan iaitu Negeri Selangor, Perlis dan Johor. Selebihnya akan bentang pada keesokkan hari jam 9.00 pagi. SDO setiap negeri perlu membentangkan Program Latihan di Negeri, Senarai Atlet, Senarai Atlet Terbaik bersama pencapaian 2009, Perancangan dan Masalah serta Cadangan. Selepas selesai 3 perbentangan, En.Jefri Ngadirin bersama En.Zainal meluangkan masa melawat latihan yang sedang dijalankan.Jam 5.30 latihan tamat dan atlet pulang ke penginapan, berehat, makan dan malam tiada aktiviti. Kebanyakkan atlet letih kerana seharian berlatih di kolam.
Sekian dari saya melaporkan dari Kem Bakat Sukan Terjun Siri 01 di Negeri Sembilan.

0 comments:
Post a Comment