Monday, March 8, 2010

Badang Pulau Pinang terpilih ke Youth Olympic Qualification - Tashken Uzbekistan

Satu sesi pemilihan atlet Angkat Berat telah diadakan pada 05 Mac 2010 di Majlis Sukan Negara. Pemilihan ini bertujuan memilih atlet yang akan mewakili negara ke Kejohanan Angkat Berat Youth Olympic Qualification yang akan diadakan pada 07 - 12 April 2010 di Tashkent, Uzbekistan. Seramai tujuh (7) orang atlet telah terpilih dalam pemilihan ini. Mereka adalah;
1. Mohd Anas Malek - Kedah - 56kg
2. Mohd Danie Akmal - Kedah - 56kg
3. Zulhelmi Md Pisol - P.Pinang - 56kg
4. Khoo Jian Peng - Kedah - +94kg
5. Mohd Arifuddin - Pahang - -94kg
6. Wan Nur Waidatulnajwa - Kelantan - 58kg
7. Fatin Atikah - Perlis - 58kg
Daripada sesi yang telah dijalankan, panel pemilihan telah bersidang dan sebulat suara memilih tiga (3) atlet iaitu;
1. Fatin Atikah - Snatch - 67kg, Clean & Jerk - 83kg - Total - 150kg
2. Zulhelmi Md Pisol - Snatch - 92kg, Clean & Jerk - 116kg - Total - 208kg
3. Khoo Jian Peng - Snatch - 110kg , Clean & Jerk - 147kg - Total - 257kg
Ketiga-tiga atlet yang terpilih ini akan melapor diri bagi menjalani latihan di Majlis Sukan Negara mulai 13 Mac 2010 sehingga bertolak ke Tashkent Uzbekistan pada 6 April 2010. Kepada Zulhelmi yang terpilih, tahniah diucapkan & teruskan usaha untuk mengharumkan nama negeri dan negara dipentas antarabangsa.
aksi zulhelmi ..

atlet-atlet yang hadir sesi pemilihan ..


0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved