Wednesday, March 10, 2010

Lawatan Kerja Guru Pelatih Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang ke MSNegeri

Tarikh : 10.03.2010
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Lawatan kerja sambil belajar dari guru pelatih Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang ke Majlis Sukan Negeri telah diadakan pada 10 Mac 2010. Sesi awal Program ini telah dikendalikan oleh Pen. Peg. Belia & Sukan Majlis Sukan Negeri En. Hashim Johan dan En. Tan Kheng Hong dengan memberi taklimat serta penerangan tentang fungsi, peranan, aktiviti serta kemudahan sukan yang ada di Majlis Sukan Negeri.

Dalam sesi soal jawab bersama guru-guru pelatih ini, pelbagai soalan diajukan tentang program, perancangan, sasaran, serta prestasi atlet dan pasukan di negeri Pulau Pinang ini. Hadir sama semasa sesi ini En. Mohd Fadil Mohamad, Ketua Unit USPTN yang turut menerangkan peranan dan fungsi USPTN / Pelapis dalam membantu Majlis Sukan Negeri. Lawatan ke venue-venue latihan dan gymnasium sekitar Majlis Sukan Negeri juga dapat memberi gambaran yang jelas tentang persediaan atlet ke arah sukan prestasi tinggi.

Keseluruhanya, program seumpama ini amat baik untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada bakal-bakal guru ini tentang pengurusan / pentadbiran sukan. Kepada pentadbiran Institut, terima kasih diucapkan atas lawatan ini dan dialu-alukan untuk program lain pada masa akan datang.











0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved