LAPORAN SEMINAR PENGADIL TAEKWONDO (TM)
Tarikh: 1 Mei 2015 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Seminar Pengadil Taekwondo (TM) telah
dianjurkan oleh Persatuan Taekwondo Pulau Pinang (TM). Program ini dijalankan
selama satu hari bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban,
Pulau Pinang.
Seminar ini dikendalikan oleh Master
John Hendry Naib Presiden Kyorugi Technical Board Taekwondo Malaysia (TM). Pada
sebelah pagi, program dimulakan dengan taklimat dan penerangan berkaitan teori
asas pengadil taekwondo di Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Seterusnya, sesi amali dan praktikal dijalankan di Dewan Silat, MSN Pulau
Pinang.
Sesi petang pula merupakan penilaian
oleh penceramah untuk menguji peserta seminar dengan mengadakan ujian pengadil.
Akhir sekali, Majlis ditutup dengan sesi bergambar bersama penceramah dan
peserta-peserta program. Turut sama semasa program ini adalah En. Mohd Sabib
(Presiden Persatuan Taekwondo P. Pinang), En. Rajendran a/l Rajoo (Timbalan
Presiden) dan En. Rajendran a/l Rengasamy (Technical Chairman).
Sekian, terima kasih.
Laporan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman
0 comments:
Post a Comment