Monday, May 18, 2015

LAPORAN HARI PERTAMA KEM PENDEDAHAN LATIHAN BERSAMA PASUKAN UPSI

Tarikh : 15 Mei 2015 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Padang Latihan UPSI, Tanjung Malim, Perak

Hari ini Pasukan Memanah Pelapis Negeri dan Skuad Sukma Pulau Pinang telah berangkat ke Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim Perak untuk menjalani latihan bersama pasukan memanah UPSI Bermula 15 Mei dan akan berakhir 17 Mei 2015. Seramai 3 jurulatih bersama 18 pemanah Pelapis Negeri dan Skuad Sukma turut serta dalam kem llatihan ini. Pemanah yang turut serta melibatkan 2 acara iaitu Recurve dan Compound.

Latihan ini merupakan salah satu latihan pendedahan bersama pasukan UPSI kepada atlet-atlet pelapis dan skuad sukma demi menggalas cabaran untuk persiapan ke Sukma Sarawak 2016. Lebih menggembirakan kepada semua pemanah adalah ilmu yang ditimba serta dipelajari bersama bekas olimpik negara iaitu Mon Radee Sun Txi. Latihan selama 3 hari ini akan diperolehi dari segi praktikal dan teori.

Sesi pertama bermula pada jam 3.00 petang dengan sesi pengenalan dan ramah mesra bersama jurulatih Mon Radee Sun Txi selama 15 minit dengan sedikit penerangan berkenaan jadual latihan. Setelah selesai atlet diberi arahan untuk membuat persiapan bagi menjalani latihan selama 3 jam. Latihan petang ini hanya terarah kepada free shooting serta jurulatih memperbaiki teknik latihan yang betul, peralatan yang digunakan serta fokus didalam latihan. Sesi latihan hari pertama tamat pada jam 7.00 petang. Pada sesi malam atlet dilepaskan untuk berehat secukupnya dan hanya perjumpaan dan perbincangan bersama jurulatih Mon Radee dan jurulatih negeri.

Sesi sebelah malam tamat jam 10.00 malam dan latihan hari kedua akan bersambung pada esok hari (16 Mei 2015).

Sekian,Terima Kasih

Laporan dari Lapang Sasar UPSI

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved