LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW
Tarikh : 20 Mei 2015 (Rabu)
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat
KEHADIRAN
1. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN
3. 32 orang - Atlet
LATIHAN
1. Warm Up
2. Servis Sasaran 100X
3. Rejam 10 x 5 set
UJIAN
-Tiada-
PERTANDINGAN
- Telah memaklumkan pada jurulatih untuk
persiapan nama atlet ke Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Utara Siri 2/2015 pada
12 hingga 14 Jun 2015 di Alor Setar, Kedah.
- Senarai nama lengkap akan dihantar
sebelum 7 Jun 2015 kepada pihak urusetia penganjur.
KECEDERAAN
1. 2 orang atlet mengalami kecederaan pada
bahagian belakang dan buku lali. Namun kecederaan tersebut tidaklah serius
hasil percakapan saya bersama jurulatih.
PERALATAN
1. Memohon untuk mendapatkan peralatan
seperti bola takraw untuk latihan.
PROGRAM
BINAAN
-Tiada-
ULASAN
RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan akan tetapi
hanya pelajar tingkatan 5 tidak hadir menjalani latihan berikutan peperiksaan.
2. Sesi latihan berjalan seperti biasa dan
mengikut perancangan jadual jurulatih.
3. Jurulatih Baharudin terpaksa balik awal
dari sesi latihan atas urusan keluarga.
4. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk
latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah.
5. Dari pemerhatian, jurulatih banyak
menegur serta memperbetulkan teknik-teknik semasa latihan.
Sekian,Terima Kasih
Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
0 comments:
Post a Comment