LAPORAN PEMANTAUAN KEM LATIHAN SUKAN TINJU 2015
Tarikh : 22 hingga 24
Mei 2015
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP). Batu Uban, Pulau Pinang
KEHADIRAN
1. Johny Kasiran
2. Zainuddin Bin Zakaria
3. Cheah Boon Choong (Pegawai ISNPP)
4. Mohamad Suhairi Bin Othman (PPN)
5. 25 orang atlet
Pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) Pulau
Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Pusat Satelit ISN
Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Latihan Sukan Tinju 2015 selama 3 hari
bermula 22 hingga 24 Mei 2015. Kem latihan ini telah dijalankan di Majlis Sukan
Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Batu Uban, Pulau Pinang. Peserta-peserta mula
mendaftarkan diri pada hari jumaat (22 Mei 2015) pada pukul 3.00 petang di
Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Seramai 25 orang atlet terlibat
bagi menjayakan kem latihan ini. Seterusnya, atlet-atlet menjalani latihan
ringan di bawah bimbingan Jurulatih Sepenuh Masa MSNPP iaitu En. Johny Kasiran
dan JSM Zainuddin Bin Zakaria.
Pada hari kedua, ujian kecergasan fizikal telah
dilaksanakan di bawah seliaan Pegawai dari Pusat Satelit ISN Pulau Pinang.
Antara ujian yang dijalankan adalah Body Mass Index (BMI) test, hand grip test,
Flexibility test, standing broad jump, Speed test dan bleep test. Sesi petang
diteruskan dengan latihan teknik asas tumbukan (punching) dan covering.
Atlet-atlet juga diberi motivasi dan psikologi sukan bagi menghadapi situasi
pertandingan pada masa akan datang. Turut hadir adalah En. Mohd Hafizi Bin
Mazain iaitu Pegawai Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) juga merupakan
penyelaras sukan tinju SUKMA 2016 negeri Pulau Pinang.
Hari terakhir kem diteruskan dengan latihan kecergasan
dan latihan teknikal. Pada sesi penutup ucapan penghargaan diberikan kepada
atlet-atlet dan jurulatih yang menjayakan kem ini selama tiga hari. Kem ini
juga sebagai persiapan atlet-atlet pelapis Pulau Pinang bagi menghadapi
Kejohanan Zon Utara Siri 2/2015 yang akan berlangsung pada 12 hingga 14 Jun
2015 di Kedah. Para atlet dan jurulatih bersurai pada jam 2.00 petang selepas
selesai makan tengahari.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
Mohamad Suhairi Bin Othman
0 comments:
Post a Comment