LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN PERAHU LAYAR KFC 17TH TUNKU LAXAMANA NSC-PD OPEN REGATTA 2015
Tarikh : 9 Mei 2015 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 7.00 petang
Tempat : Batu 1 Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri
Sembilan
Hari kedua pertandingan diteruskan lagi dengan
setiap pelayar membuat persiapan terakhir sebelum turun ke laut untuk
meneruskan perlumbaan mengikut kategori masing-masing. Untuk hari ini sebanyak
5 perlumbaan telah dapat dijalankan mengikut setiap kategori yang
dipertandingkan. Keadaan angin sekitar 10 - 15 knots semasa perlumbaan
dijalankan.
Berikut disertakan keputusan bagi atlet Pelapis
Pulau Pinang selepas 5 perlumbaan pada hari kedua pertandingan :-
Optimist A
1) Azlee Samsudin - tempat 19
2) Mohd Aimar Adam Roshidi - tempat 41
Optimist B
1) Muhd Nasri Rahim - tempat 25
2) Mohd Zarif Humaidi Ahmad Zaini - tempat 23
3) Sofea Alisha Hairumizan - tempat 40
4) Nurul Farah Izzati Yusof - tempat 37
5) Hanie Afiqah Mohd Fany - tempat 38
Optimist C
1) Muhd Aidim Hairumizan - tempat 21
Laser 4.7
1) Mohd Alif Haikal Hairumizan - tempat 15
Bio Techno Class
1) Katherine Ong Xin Yean - Tempat 1
Esok (10 Mei 2015) adalah hari terakhir kejohanan
dan pada aebelah petang akan berlangsung majlis Penyampaian Hadiah kepada semua
pemenang.
Sekian, Terima Kasih
Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
0 comments:
Post a Comment