Friday, May 29, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN MENEMBAK 2015

Tarikh: 26 & 28 Mei 2015
Tempat: SJKC Perempuan China dan SK St. Xavier Cawangan
Masa: 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) telah menjalankan Program Mengenalpasti Bakat (TID) bagi sukan Menembak. Bagi fasa pertama ini melibatkan dua buah sekolah rendah iaitu SJK (C) Perempuan China (26 Mei 2015) dan SK St. Xavier Cawangan (28 Mei 2015). Program TID ini menfokuskan kepada murid-murid tahun 6 di kedua-dua  sekolah yang membabitkan penyertaan hampir 300 orang murid. Manakala, fasa kedua akan dijalankan di Sekolah Menengah selepas tamat peperiksaan.

Tapisan pertama pemilihan telah dijalankan oleh  Jurulatih Galina Nikolova Stefanova dengan menilai beberapa aspek fizikal murid. Seterusnya, murid-murid yang melepasi penilaian jurulatih akan di uji oleh Pasukan TID Pusat Satelit ISNPP yang diketuai oleh En. Ahmad Zaidi B. Muhamad Rosdi. Antara ujian TID yang dijalankan adalah ukuran berat badan, ketinggian berdiri dan duduk, hand grip test, reaction time test, vision test, 1 minit sit up test dan push up test.

Seramai 72 orang murid-murid (60 dari SJK C Perempuan China) dan (12 dari SK St. Xavier Cawangan) telah terpilih menjalani ujian TID selepas tapisan pertama oleh Jurulatih Galina Nikolova Stefanova. Analisa seterusnya dilakukan oleh pihak ISNPP bagi menilai ujian TID yang telah dijalankan. Atlet-atlet yang disenarai pendek hasil dari ujian ini akan di beri kepada jurulatih untuk melakukan ujian di Kelab Menembak Pulau Pinang (KMPP). Program TID ini diharap dapat dijadikan platform bagi jurulatih untuk mendapatkan bakat-bakat baru sukan Menembak bagi negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved