LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN PERAHU LAYAR KFC 17TH TUNKU LAXAMANA NSC-PD OPEN REGATTA 2015
Tarikh : 8 Mei
2015 (Jumaat)
Masa : 7.00 pagi
hingga 6.00 petang
Tempat : Batu
1,Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bertempat
di Port Dickson Negeri Sembilan, seramai 10 orang pelayar Pulau Pinang (6
lelaki & 4 wanita) telah menyertai Kejohanan Perahu Layar KFC 17th Tunku
Laxamana PD Open Regatta 2015 yang bermula pada 8 hingga 10 Mei 2015. Pada
edisi kali ini telah menampilkan penyertaan pelayar seramai 200 pelayar (130 lelaki
& 70 wanita) yang melibatkan penyertaan negeri termasuk luar negara dan
kelab berdaftar. Berikut Pecahan mengikut kategori dipertandingkan.
1) Optimist A -
46 pelayar
2) Optimist B -
66 pelayar
3) Optimist C -
20 pelayar
4) Bio Techno
Class - 9 pelayar
5) Race Board
Class - 6 pelayar
6) Laser Radial
- 20 pelayar
7) Laser
Standart - 6 pelayar
8) Laser 4.7 -
27 pelayar
Bagi
Pasukan Pulau Pinang, Pelayar yang terlibat hanya untuk kategori Optimist
(lelaki & wanita), Laser 4.7 (lelaki) dan Bio Techno Class (wanita).
Pada
sebelah pagi, hanya sesi pendaftaran pasukan dan Mesyuarat Pengurus Pasukan
dapat dijalankan. Dalam masa yang sama, semua pelayar bersiap sedia memasang
kelengkapan serta membuat pemeriksaan terakhir sebelum turun ke laut selepas solat
jumaat. Perlumbaan telah bermula pada jam 3.00 petang dengan 1 perlumbaan bagi
kategori Optimist, laser radial dan standart manakala 2 perlumbaan untuk
kategori bio techno class, race board dan laser 4.7. Keadaan angin sekitar 5 -
10 knot semasa perlumbaan. Perlumbaan tamat pada jam 6.00 petang dan semua
pelayar berkemas sebelum turun ke venue pertandingan untuk Majlis Makan Malam.
Berikut
keputusan hari pertama yang melibatkan Pelayar Pulau Pinang :-
Optimist A
1) Azlee
Samsudin - tempat 11
2) Mohd Aimar
Adam Roshidi - tempat 38
Optimist B
1) Muhd Nasri
Rahim - tempat 15
2) Mohd Zarif
Humaidi Ahmad Zaini - tempat 17
3) Sofea Alisha
Hairumizan - tempat 29
4) Nurul Farah
Izzati Yusof - tempat 37
5) Hanie Afiqah
Mohd Fany - tempat 49
Optimist C
1) Muhd Aidim
Hairumizan - tempat 17
Laser 4.7
1) Mohd Alif
Haikal Hairumizan - tempat 13
Bio Techno Class
1) Katherine Ong
Xin Yean - Tempat 2
Sekian, Terima
Kasih
Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin
Md Salleh
0 comments:
Post a Comment