Friday, May 29, 2015

LAPORAN UJIAN KECERGASAN SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 29 Mei 2015 (Jumaat)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)

KEHADIRAN
1. Pn. Mariani Binti Sanawi – Pegawai Belia dan Sukan ISNPP
2. En. Ahmad Zaidi Bin Muhamad Rosdi - Pegawai Belia dan Sukan ISNPP
3. Pn. Shahrina Haryani Binti Yaali - Penolong Pegawai Belia Dan Sukan ISNPP
5. En. Ismail Bin Abdul Ghani - JPM MSNPP
6. En. Adnan – Wakil Persatuan Perahu Layar Negeri Pulau Pinang
7. Cik Nur Asyikin Azman - Peklajar Praktikal

OBJEKTIF
Ujian kecergasan ini diadakan bagi mengetahui kepentingan kecergasan fizikal, menganalisis dan menyimpan rekod kecergasan fizikal, melakukan tindakan untuk meningkatkan kecergasan fizikal sendiri melalui perancangan aktiviti kecergasan terancang. Seramai 3 orang pegawai dari Institut Sukan Negara Pulau Pinang (ISNPP) telah  terlibat yang di ketuai oleh Pn. Mariani Binti Sanawi selaku Ketua Penguji untuk sesi ujian kali ini.

PENYERTAAN
1. 6 Orang atlet (4 Lelaki dan 2 Wanita)
                         
UJIAN KECERGASAN

1. Antropometric Measures
- Height 
- Body Weight

2. Power
- Standing Broad Jump

3. Speed
- 20 Meter Sprint 

4. Muscular Strength
- Hand Grip test

5. Aerobic Capacity
- Yo-yo Endurance

Sekalung tahniah kepada atlet-atlet yang telah memberikan komitmen sepanjang ujian kecergasan dijalankan. Juga penghargaan buat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), USPTNPP dan ISNPP atas pelaksanaan ujian ini.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 29 Mei 2015 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : SMK (P) St George, Georgetown

KEHADIRAN
1. Cik Shamani a/p Ganesan - JSM
2. Kan Kar Inn – JSM
3. Salina Putriana – JPM MSNPP
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 10 lelaki & 7 wanita - Recurve
2. 3 lelaki & 3 wanita - Compound

LATIHAN
1. Warm up & Stretching
2. Latihan shooting jarak dekat
3. Equipment Check
4. Cooling down

UJIAN
1. Pada 30 Mei 2015, Pemilihan Skuad Latihan Sukma Sarawak 2016 akan berlangsung bermula dari pagi hingga petang dengan anggran atlet seramai 30 orang yang terlibat.

PERTANDINGAN
- Seramai 10 orang telah layak mewakili Pulau Pinang menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada 7 hingga 11 Jun 2015 di Teluk Intan, Perak.

KECEDERAAN
1. Seorang atlet iaitu Haqimi Izzudin mengalami kecederaan ringan pada bahagian dagu disebabkan terkena finger tab semasa sesi latihan.

PERALATAN
1. Jurulatih ada memohon beberapa peralatan seperti target butt, target face dan bow recurve. Selain itu, bantuan bow bagi Compound juga dipohon kepada pihak MSNPP.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan kerana ada sebahagian atlet yang baru juga turut serta menjalani latihan.
2. Jurulatih Kan Kar Inn menjalani latihan bersama atas sebab padang JBSN masih belum digunakan untuk latihan.
3. Senarai nama atlet ke Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2/2015 telah diterima dari jurulatih.
4. Sesi latihan berjalan seperti biasa dan mengikut perancangan jadual jurulatih.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN MENEMBAK 2015

Tarikh: 26 & 28 Mei 2015
Tempat: SJKC Perempuan China dan SK St. Xavier Cawangan
Masa: 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) dan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) telah menjalankan Program Mengenalpasti Bakat (TID) bagi sukan Menembak. Bagi fasa pertama ini melibatkan dua buah sekolah rendah iaitu SJK (C) Perempuan China (26 Mei 2015) dan SK St. Xavier Cawangan (28 Mei 2015). Program TID ini menfokuskan kepada murid-murid tahun 6 di kedua-dua  sekolah yang membabitkan penyertaan hampir 300 orang murid. Manakala, fasa kedua akan dijalankan di Sekolah Menengah selepas tamat peperiksaan.

Tapisan pertama pemilihan telah dijalankan oleh  Jurulatih Galina Nikolova Stefanova dengan menilai beberapa aspek fizikal murid. Seterusnya, murid-murid yang melepasi penilaian jurulatih akan di uji oleh Pasukan TID Pusat Satelit ISNPP yang diketuai oleh En. Ahmad Zaidi B. Muhamad Rosdi. Antara ujian TID yang dijalankan adalah ukuran berat badan, ketinggian berdiri dan duduk, hand grip test, reaction time test, vision test, 1 minit sit up test dan push up test.

Seramai 72 orang murid-murid (60 dari SJK C Perempuan China) dan (12 dari SK St. Xavier Cawangan) telah terpilih menjalani ujian TID selepas tapisan pertama oleh Jurulatih Galina Nikolova Stefanova. Analisa seterusnya dilakukan oleh pihak ISNPP bagi menilai ujian TID yang telah dijalankan. Atlet-atlet yang disenarai pendek hasil dari ujian ini akan di beri kepada jurulatih untuk melakukan ujian di Kelab Menembak Pulau Pinang (KMPP). Program TID ini diharap dapat dijadikan platform bagi jurulatih untuk mendapatkan bakat-bakat baru sukan Menembak bagi negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOWLING

Tarikh : 28 Mei 2015 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 7.30 malam
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. Cheak Teik Tatt - JSM
4. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 20 lelaki & 16 wanita 

LATIHAN
1. Warm Up 
2. Pocket 
3. Single Pin
4. Multiple Pins

UJIAN
1. Monthly Roll Off akan diadakan pada 30 Mei 2015 di MBC. Kehadiran semua atlet diwajibkan.

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik pensendirian.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet pada sesi latihan hari ini memuaskan dan atlet dapat menjalani latihan mengikut arahan jurulatih.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa sesi latihan pada hari sabtu (30 Mei 2015) diawalkan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.
3. Di akhir pemantauan, perjumpaan bersama jurulatih dan atlet dapat diadakan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, May 25, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 25 Mei 2015 (Isnin)
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : SMK (P) St George, Georgetown

KEHADIRAN
1. Cik Shamani a/p Ganesan - JSM
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 6 lelaki & 7 wanita - Recurve
2. 3 lelaki & 2 wanita - Compound

LATIHAN
1. Warming Up
2. Free Shooting - All Distance
3. Equipment Checking
4. Jogging & Push Up

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Seramai 10 orang telah layak mewakili Pulau Pinang menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada 7 hingga 11 Jun 2015 di Teluk Intan, Perak.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih ada memohon beberapa peralatan seperti target butt, target face dan bow recurve.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan kerana ada sebahagian atlet yang baru juga turut serta menjalani latihan.
2. Seramai 10 orang atlet akan terlibat untuk latihan pusat kejoahanan MSSM pada 1 hingga 4 Jun 2015 di SMK Kg Selamat, Butterworth.
3. Sesi pemilihan skuad latihan Sukma  fasa 3 akan berlangsung pada 30 Mei 2015 di SMK (P) St George bermula dari pagi hingga petang dengan semua jarak.
4. PPN juga telah menyerahkan borang penyertaan atlet ke Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 2/2015 dan memaklumkan tarikh tutup pada 5 Jun 2015.
5. Sesi latihan berjalan seperti biasa dan mengikut perancangan jadual jurulatih.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN KEM LATIHAN SUKAN TINJU 2015

Tarikh : 22 hingga 24 Mei 2015
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP). Batu Uban, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Johny Kasiran 
2. Zainuddin Bin Zakaria 
3. Cheah Boon Choong (Pegawai ISNPP)
4. Mohamad Suhairi Bin Othman (PPN)
5. 25 orang atlet

Pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Pusat Satelit ISN Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Latihan Sukan Tinju 2015 selama 3 hari bermula 22 hingga 24 Mei 2015. Kem latihan ini telah dijalankan di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Batu Uban, Pulau Pinang. Peserta-peserta mula mendaftarkan diri pada hari jumaat (22 Mei 2015) pada pukul 3.00 petang di Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Seramai 25 orang atlet terlibat bagi menjayakan kem latihan ini. Seterusnya, atlet-atlet menjalani latihan ringan di bawah bimbingan Jurulatih Sepenuh Masa MSNPP iaitu En. Johny Kasiran dan JSM Zainuddin Bin Zakaria.

Pada hari kedua, ujian kecergasan fizikal telah dilaksanakan di bawah seliaan Pegawai dari Pusat Satelit ISN Pulau Pinang. Antara ujian yang dijalankan adalah Body Mass Index (BMI) test, hand grip test, Flexibility test, standing broad jump, Speed test dan bleep test. Sesi petang diteruskan dengan latihan teknik asas tumbukan (punching) dan covering. Atlet-atlet juga diberi motivasi dan psikologi sukan bagi menghadapi situasi pertandingan pada masa akan datang. Turut hadir adalah En. Mohd Hafizi Bin Mazain iaitu Pegawai Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) juga merupakan penyelaras sukan tinju SUKMA 2016 negeri Pulau Pinang.

Hari terakhir kem diteruskan dengan latihan kecergasan dan latihan teknikal. Pada sesi penutup ucapan penghargaan diberikan kepada atlet-atlet dan jurulatih yang menjayakan kem ini selama tiga hari. Kem ini juga sebagai persiapan atlet-atlet pelapis Pulau Pinang bagi menghadapi Kejohanan Zon Utara Siri 2/2015 yang akan berlangsung pada 12 hingga 14 Jun 2015 di Kedah. Para atlet dan jurulatih bersurai pada jam 2.00 petang selepas selesai makan tengahari.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Thursday, May 21, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAK TAKRAW

Tarikh : 20 Mei 2015 (Rabu)
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN
3. 32 orang - Atlet

LATIHAN
1. Warm Up
2. Servis Sasaran 100X
3. Rejam 10 x 5 set

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Telah memaklumkan pada jurulatih untuk persiapan nama atlet ke Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Utara Siri 2/2015 pada 12 hingga 14 Jun 2015 di Alor Setar, Kedah.
- Senarai nama lengkap akan dihantar sebelum 7 Jun 2015 kepada pihak urusetia penganjur.

KECEDERAAN
1. 2 orang atlet mengalami kecederaan pada bahagian belakang dan buku lali. Namun kecederaan tersebut tidaklah serius hasil percakapan saya bersama jurulatih.

PERALATAN
1. Memohon untuk mendapatkan peralatan seperti bola takraw untuk latihan.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan akan tetapi hanya pelajar tingkatan 5 tidak hadir menjalani latihan berikutan peperiksaan.
2. Sesi latihan berjalan seperti biasa dan mengikut perancangan jadual jurulatih.
3. Jurulatih Baharudin terpaksa balik awal dari sesi latihan atas urusan keluarga.
4. Jurulatih ada memohon bola takraw untuk latihan memandangkan bola yang sedia ada kebanyakan pecah.
5. Dari pemerhatian, jurulatih banyak menegur serta memperbetulkan teknik-teknik semasa latihan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved