Wednesday, April 13, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MENEMBAK

Tarikh : 12 April 2016 (Selasa)
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang (KMPP)
Masa : 3.30 petang hingga 5.00 petang

KEHADIRAN
1. Galina Nikolova Stefanova (Jurulatih MSNPP)
2. Mohamad Suhairi Bin Othman (PPN)
3. Ms. Ong (Staff Admin KMPP)
4. 11 orang atlet

LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Air pistol & air rifle
3. Cooling down

UJIAN KECERGASAN
Tiada

PERTANDINGAN
 Sport Excel/NSC/MILO/NSAM 2nd Malaysian Junior Shooting Championships 2016 pada 6 hingga 10 April 2016 di Subang, Selangor.

ULASAN RINGKAS
1. Latihan atlet berjalan seperti biasa di bawah kendalian JLN MSNPP Galina Nikolova Stefanova.
2. En. Joseph Tan Lip Tee telah dilantik sebagai Setiausaha Kehormat Kelab Menembak Pulau Pinang (KMPP) yang baru menggantikan Mr. Ooi Thai Sheng yang meninggal dunia pada 17 Februari 2016.
3. Pihak Kelab Menembak Pulau Pinang memaklumkan bahawa pasukan menembak Pulau Pinang tidak dapat menyertai mana-mana kejohanan sehingga proses permohonan permit membawa senjata diluluskan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Untuk makluman, proses permohonan telah dibuat oleh KMPP dan makluman terkini ia berada di peringkat Bukit Aman untuk proses selanjutnya.
4. Pihak USPTNPP akan menjalankan Mesyuarat JKK Bil. 1/2016 pada masa terdekat setelah mendapat tarikh yang sesuai dari Pihak Kelab bagi membincangkan program bagi tahun ini.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved