LAPORAN HARI KEDUA KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2016
Tarikh : 26
April 2016 (Selasa)
Tempat : Gimnasium Kompleks SUKPA, Kuantan
Tempat : Gimnasium Kompleks SUKPA, Kuantan
Masa : 7.30
pagi hingga 10.30 malam
Hari kedua Kem Bakat Gimnastik Artistik diteruskan dengan semua
atlet berkumpul di lobi pada jam 8.30 pagi untuk bergerak ke Gimnasium Kompleks
SUKPA bagi sesi ujian kecergasan. Ujian Kecergasan ini dikelola sepenuhnya
oleh pihak ISN Pahang. Antara ujian yang dijalankan adalah antropometrik
(berat badan, tinggi, tinggi duduk & panjang depa), kuasa (lompat menegak),
kepantasan (20m lari pecut), flexibility (depth of slope & side split),
kekuatan (maksimum tekan tubi & bangkit tubi 1 minit) dan keseimbangan
(balance stork test).
Setelah selesai Ujian Kecergasan pada jam 11.30 pagi, atlet
berkumpul dan bergerak semula ke hotel untuk makan tengahari dan
active rest sebelum bersambung pada sebelah malam.
Sesi malam diteruskan dengan aktiviti "Ice
Breaking". Pada sesi ini dikendalikan oleh Encik Hairie dari ISN
Pahang, pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi mengeratkan silaturahim dan
semangat sepasukan untuk setiap atlet gimnastik artistik. Kreativiti dan
penglibatan atlet dalam setiap aktiviti amat memberangsangkan dan terdapat
beberapa orang atlet yang mendapat hadiah daripada penceramah diatas
penglibatan yang aktif. Sesi ice breaking tamat pada jam 10.30 malam.
Sekian,
Terima Kasih
Laporan
disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat
0 comments:
Post a Comment