Friday, April 15, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PERTANDINGAN OLAHRAGA MSSPP 2016

Tarikh : 11 hingga 15 April 2016
Tempat : Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Pertandingan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) 2016 telah berlangsung dari 11 hingga 15 April 2016 bertempat di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Pertandingan ini juga akan menjadi medan pemilihan atlet bagi mewakili negeri Pulau Pinang ke Pertandingan olahraga peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Penyertaan sebanyak 10 pasukan yang mewakili zon masing-masing iaitu Zon Bukit Mertajam, Zon Jelutong, Zon Kelawai, Zon Air Itam, Zon Butterworth, Zon Balik Pulau, Zon Kepala Batas, Zon Nibong Tebal, Zon Permatang Pauh dan SSN Mutiara Impian.

Berikut adalah pencapaian atlet di bawah Program Pelapis Negeri 2016 :-

LOMPAT KIJANG P1
Nur Liyana Izzati Binti Khairuddin (9.65m) - Tempat pertama

200 METER BERPAGAR P2 (0.762 M)
Puteri Farhana Binti Mohd Farid (34.97s) - Tempat ketiga

400 METER LARI BERPAGAR (0.762 M)
Nor Sahirah Mahazir (74.58s) - Tempat Pertama

LOMPAT JAUH P1
Nur Liyana Izzati Binti Khairuddin (4.45m) - Tempat Pertama

800 METER L2
Mohamad Azlan Bin Azizan (2:15.40s) - Tempat ketiga

800 METER P1
Nur Asyatul Azra (2:54.16s) - Tempat kelima

800 METER L1
Ahmad Syawal B Azhari (2:07.17s) - Tempat kedua

400 METER P1
Nor Sahirah Mahazir (67.50s) - Tempat ketiga

200 METER LARI BERPAGAR (0.840m)
Mohamad Azlan Bin Azizan (29.25s) - Saringan

200 METER P2
Puteri NorAmirah bt Norsuperdi (31.36s) - Saringan

Semasa pemantauan PPN memaklumkan kepada  JSM PLN dan PLD USPTN tentang Karnival Bakat Pelapis Negeri 2016 di Terengganu pada 12 hingga 15 Mei 2016. Hari terakhir pertandingan pada hari jumaat tamat pada jam 11.30 pagi selepas upacara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara hari ini.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved