Wednesday, April 20, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN ANGKAT BERAT

Tarikh : 19 April  2016 (Selasa)
Masa : 5.30 Petang
Tempat : SMK Permatang Tok Labu, Penaga

KEHADIRAN
1. Jamil Bin Hashim (JSM)
2. Atlet 9 orang

LATIHAN
1. Teknik Clean & Jerk
2. Clean Pull
3. Jerk Press
4. Back Squat

PERTANDINGAN
- Kejohanan Angkat Berat PRA SUKMA dan Sirkit Remaja U17 di Sarawak pada bulan Mei 2016.

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
- Kekurangan Set Bar lelaki dan Set Bar wanita

PROGRAM BINAAN
- Tiada –

ULASAN
1. Kehadiran atlet menjalani latihan kurang memuaskan khususnya atlet-atlet yang baru.
2. Program latihan kurang lancar kerana kekurangan peralatan latihan. Atlet-atlet terpaksa menunggu giliran terlalu lama untuk latihan yang seterusnya.
3. Terdapat seorang atlet telah ditawarkan ke Akademi Serantau Majlis Sukan Negara Malaysia di Bukit Mertajam iaitu Mohd Hazwan Bin Abdul Wahab.
4. Terdapat 4 atlet yang akan menyertai Kejohanan Angkat Berat Sirkit Remaja 1/2016 di UiTM Kota Samarahan Sarawak.
5. Jurulatih memaklumkan, terdapat beberapa atlet yang baru tidak lagi menjalani latihan dan pihak USPTN Pulau Pinang akan mengeluarkan nama-nama yang tidak menjalani latihan dari program.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved