Sunday, April 24, 2016

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN SPORTEXCEL MILO-NSC-MILO TENPIN BOWLING JUNIOR CIRCUIT 2016 - PAHANG LEG

Tarikh : 22 April 2016 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 11.30 malam
Tempat : Kuantan Megalanes, Kuantan, Pahang

Hari kedua kejohanan diteruskan dengan 3 kategori iaitu Girls Graded (10.00 pagi), Girls Open (2.30 petang) dan Boys Graded (6.30 petang). Hari ini juga, skuad Pelapis Pulau Pinang menurunkan atlet seramai 7 orang mengikut kategori masing-masing. Pada kejohanan kali ini atlet perlu menghabiskan permainan sebanyak 8 games untuk mencari tempat layak ke pusingan kedua pada hari terakhir kejohanan (24 April 2016).

Berikut dilampirkan keputusan penuh bagi Skuad Pulau Pinang yang bertanding hari ini :- 

GIRLS OPEN (ROUND 1) 
1. Anis Shazlin Zulkhisham - 1691 jatuhan pin (1/avg 211.38)
2. Nurul Eliana Mohamed Yaakob - 1313 jatuhan pin (26/avg 164.13)
- Anis Shazlin layak ke pusingan kedua pada hari terakhir kejohanan.

GIRLS GRADED (ROUND 1) 
1. Nur Alya Safiyya Binti Shamsul Rijal - 1447 jatuhan pin (6/avg 180.88)
 2. Anis Hadirah Binti Anuar - 1419 jatuhan pin (10/avg 177.38)
3. Melissa Khong Xia Yi - 1397 jatuhan pin (15/avg 174.63)
4. Zaitun Faiqah Binti Abu Bakar - 1339 jatuhan pin (28/avg 167.38)
5. Kelly Lau Suet Kei - 1232 jatuhan pin (56/avg 154.00)
- Nur Alya Safiyya, Anis Hadirah & Melissa Khong layak ke pusingan kedua pada hari terakhir kejohanan.

Pertandingan tamat pada jam 11.30 malam dan akan bersambung pada keesokan hari (23 april 2016) dengan acara Boys Open (9.30 pagi), Girls U12 (1.30 petang) & Boys U12 (5.30 petang).

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved