Wednesday, April 27, 2016

LAPORAN HARI PERTAMA KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK SIRI 1/2016

 Tarikh : 25 April 2016 (Isnin)
Tempat : Hotel City Times, Kuantan
Masa : 4.00 petang hingga 10.30 malam

KEHADIRAN
1. En. Giam Fook Pang - Pegawai USPTN
2. En. Sha'if Bin Baharuddin - Pengurus Sukan Gimnastik Artistik
3. En. Mohd Saffuan Bin Abd Razak - PPN Sarawak
4. Cik Nursyafiqah Binti Salamat - PPN Pulau Pinang
5. Puan Norsuhaini Binti Ibrahim - PPN Pahang
6. En. Ng Shu Liang  - Jurulatih (Program Senior)
7. En. Lachezar - Jurulatih (Pelapis Serantau)
8. Puan Dai Yu Ying - Jurulatih (Program Senior)
9. Puan Liu Jia -  Jurulatih (Program Senior)
10. Muhammad Syazrul Azim Subri - JSM Kedah
11. Jasrizal Saad - JSM Perak
12. Muhd Khairudin Selamat - JPM Johor
13. Zulkarnain Majid - JPM Pahang
14. Che Ku Khairul Anuar Che Ku Jusoh - JSM Terengganu
15. Zailani Daud - JPM Kelantan
16. Maria Grinkina - JLN Pahang
17. Daria Grinkina - JLN Pahang
18. Zamri Din - JSM Sabah
19. Wan Mohamad Akmal Hakim - JSM Selangor

Hari ini bermula kem bakat sukan Gimnastik Artistik Siri 1/2016 yang berlangsung bermula dari 25 hingga 30 April 2016 di Gimnasium Kompleks SUKPA, Pahang. Kem kali ini mengumpulkan atlet-atlet pelapis negeri seluruh Malaysia yang terpilih berumur 15 tahun ke bawah sebagai pengenalan dan pendedahan awal berlatih di bawah bimbingan jurulatih pelapis kebangsaan dan lain- lain jurulatih yang berpengalaman. 

Pelapis Negeri Pulau Pinang menghantar seramai 4 orang gimnas terdiri daripada 2 orang lelaki dan 2 orang wanita iaitu Soon Khye Ze, Wilson Yeoh Wei Sin, Esther Teh Yi Ying dan Julia Loke Chen Ni. Secara keseluruhan jumlah peserta kem ini seramai 38 orang atlet melibatkan 21 lelaki dan 17 wanita. 

Pada hari pertama kem bermula dengan sesi pendaftaran bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Seterusnya pada jam 4.30 petang para peserta diberi taklimat kem oleh En. Giam Fook Pang dan beliau melakukan beberapa perbincangan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang kem bersama jurulatih serta ppn. Sebelah petang atlet diberi pelepasan untuk berehat sebelum dilepaskan untuk makan malam. Sesi sebelah malam diteruskan dengan sesi motivasi yang dikendalilan oleh Pegawai ISN iaitu Cik Afzan Mahadi. Pelbagai aktiviti dijalankan serta objektif yang disampaikan kepada atlet antaranya target yang perlu ada pada seorang gimnas, mental fitness, aktiviti komunikasi dalam kumpulan dan banyak lagi. Sesi motivasi tamat pada pukul 10.30 malam.

Sekian, terima kasih. 

Laporan disediakan oleh 
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved