LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT BARU (TID) SUKAN ANGKAT BERAT
Tarikh
: 11 November 2014 (Selasa)
Masa
: 8.30 Pagi hingga 2.15 Petang
Tempat : Sek Keb Machang Bubok
Tempat : Sek Keb Machang Bubok
Kehadiran
: 1 Pegawai, 2 Jurulatih, 5 Atlet Angkat Berat dan 135 orang pelajar 4,5 &
6.
Sukan
Terlibat : Angkat Berat
Program pencarian bakat baru (TID) sukan Angkat
Berat telah dijalankan pada 11 November 2014. Seramai 135 pelajar telah hadir
pada hari tersebut termasuk guru – guru dan murid-murid darjah 4,5 dan 6 sekolah
berkenaan. Bagi sukan Angkat Berat, ia merupakan siri lanjutan program yang diadakan
pada hari TID yang lepas dan program kali ini tertumpu kepada pemilihan atlet
bawah 12 tahun.
Program dimulakan dengan penerangan sukan Angakt Berat dibawah
Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang. Murid-murid diberi penerangan mengenai
program Pelapis Negeri dan bagaimana untuk memulakan kerjaya sebagai atlet
pelapis negeri seterusnya ke peringkat lebih tinggi.
Didalam sesi taklimat mengikut sukan, jurulatih
menerangkan secara ringkas keperluan-keperluan yang penting mengikut sukan
masing-masing. Diikuti dengan sesi demonstrasi dan sesi ujian angkatan bagi
murid-murid yang baru. Semasa sesi pemilihan, jurulatih ada menilai kompisisi
badan untuk menjadi seorang atlet Angkat Berat.
Seramai 15 orang murid bawah 12 tahun (Sukan Angkat
Berat) telah disenarai pendek untuk mengikuti ujian seterusnya yang akan
diadakan di Pusat Latihan secara berkala dan berperingkat. Nama yang terpilih
akan diserap terus kedalam program dan akan memulakan latihan sekitar Disember
2014. Program tamat pada jam 2.15 petang.
Sekian,
Terima Kasih
Laporan
Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi
Bin Md Salleh
0 comments:
Post a Comment