Tuesday, November 25, 2014

LAPORAN KEM TAHUNAN ATLET PELAPIS NEGERI - ZON UTARA 2014

 Tarikh : 22 hingga 24 November 2014
Tempat : Kem Paya Pahlawan Lake Resort Jitra, Kedah Darul Aman
Peserta : 50 orang atlet, 5 Jurulatih dan 7 orang Pegawai.

Pada 22 hingga 24 November 2014 yang lalu pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi (USPTN) Cawangan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah bergabung untuk menganjurkan kem tahunan bagi atlet-atlet di bawah program USPTN. Seramai  50 orang atlet,5 jurulatih dan 7 orang pegawai dari Pulau Pinang menyertai kem tersebut.

Hari pertama program bermula pada 22 November 2014, dimana pergerakan atlet dari negeri masing-masing bergerak ke Kem Paya Pahlawan Jitra. Pendaftaran bermula pada jam 12.00 tengahari disusuli dengan makan tengah hari sehingga jam 2.00 petang. Aktiviti pertama bermula pada jam 2.30 petang dimana aktiviti Ice breaking dan pembahagian kumpulan diadakan. Pembahagian kumpulan dipecahkan kepada 10 kumpulan. Program Jungle Tracking sepatutnya dijalankan pada sebelah petang ditangguhkan akibat cuaca hujan lebat. Program itu ditangguh pada hari kedua kem. Semua Pegawai, Jurulatih dan Atlet dapat berhimpun di surau untuk bacaan yasin serta solat berjemaah. Aktiviti malam bermula  pada jam 9.00 malam dimana aktiviti kedua “Management Games” sebagai acara utama. Aktiviti tamat jam 12.00 malam.

Hari kedua program bermula jam 8.30 pagi selepas selesai solat suboh berjemaah. Atlet memulakan aktiviti Senamrobik sebelum sarapan pagi. Pada hari berkenaan slot aktiviti outdoor mengisi waktu pagi hingga tengahari. Atlet dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan perlu ke setiap check point yang telah ditetapkan mengikut clue yang telah diberi. Antara aktiviti yang disertai adalah rakit, river crossing, flying fox, abseiling dan rempuh halangan. Semua aktiviti tersebut dipantau oleh Fasilitator dan JPAM. Aktiviti tamat pada jam 2.00 petang sebelum peserta dibenarkan berehat dan makan tengahari. Pada jam 3.30 petang, program diteruskan dengan aktiviti jungle tracking. Oleh kerana cuaca baik aktiviti dapat dijalankan selama 2 jam melalui laluan yang agak panjang dan mencabar. Aktiviti selesai pada jam 6.30 petang. Pada sebelah malam pula, aktiviti malam kebudayaan mengisi slot program terakhir hari kedua dimana peserta akan mempersembahkan persembahan mengikut tugasan yang diberi. Antaranya Dikir Barat, Sketsa, Boria, Koir, Lawak Jenaka, Tarian 60an dan beberapa lagi aktiviti. Program tamat pada jam 12.30 pagi dengan minum malam sebelum atlet dilepaskan untuk berehat.

Hari terakhir program diteruskan dengan sesi terakhir dimana slot “Management Games" dapat dilakukan pada sebelah pagi. Sebanyak 5 check point diadakan dengan permainan yang berbeza. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan mengikut checkpoint dengan masa yang diperuntukkan. Acara tamat pada jam 12.30 tengah hari. Peserta diberi masa untuk bersiap sebelum majlis penutupan dijalankan. Majlis penutupan dimulakan pada jam 2.30 petang yang turut dihadiri oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah Encik Mahazi Ibrahim Pegawai Kanan Majlis Sukan Negeri Perlis Encik Zahidi Hamed, Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Kedah Encik Farid Bin Mohd Fauzi, Pemangku Ketua Unit Unit Sukan Prestasi Tinggi Perlis Encik Mahadzir Baharom, Pemangku Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Pulau Pinang Encik Hamidi Bin Lokman. Majlis penutupan dirasmikan oleh Pengarah MSN Kedah Encik Mahazi Ibrahim. Majlis bersurai pada jam 3.30 petang dimana semua atlet akan balik ke negeri masing-masing.

Semoga kem sebegini dapat diadakan lagui untuk memupuk erti setiakawan, Ia juga dapat meraptkan hubungan silahturahim antara atlet-atlet bersama jurulatih. Disamping itu juga, atlet dapat menanam semangat kerjasama mengikut aktiviti yang dirancangkan.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Jitra, Kedah

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved