Wednesday, November 12, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN BERSAMA SKUAD TAEKWONDO PELAPIS SERANTAU

Tarikh : 11 November 2014 (Selasa)
Masa : 8.00 malam hingga 10.30 malam
Tempat : Pusat Latihan Dewan Ria Butterworth
Kehadiran :
1. En. Mohd Firdaus@Kumar Bin Abdullah - JPM Taekwondo Pelapis Serantau
2. En. Rajendran Rajoo - JSM USPTNPP
3. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN USPTNPP
4. 8 lelaki & 3 wanita (Pelapis Pulau Pinang)
5. 1 lelaki & 1 wanita (Pelapis Serantau)

Pada hari ini, Skuad Taekwondo Pelapis Pulau Pinang dapat turun ke gelanggang bagi menjalani latihan bersama Skuad Taekwondo Pelapis Serantau. Semasa perbincangan bersama jurulatih, program latihan sepatutnya dijalankan di gelanggang Taekwondo Akademi Serantau Majlis Sukan Negara. Namun venue latihan berubah pada saat akhir atas sebab atlet di Serantau hanya tinggal 2 orang sahaja. Atlet yang selebihnya tidak dapat bersama kerana menghadapi peperiksaan SPM.

Objektif latihan ini adalah bertujuan untuk membentuk semangat juang  dan mempunyai sifat berani semasa berlawan di gelanggang. Latihan ini juga menilai prestasi atlet dalam bentuk fizikal. Mental dan emosi. Di samping itu juga, dapat mengeratkan hubungan setiakawan antara atlet.

Latihan ini dijalankan selama 2 jam dimana jurulatih banyak menekankan teknik-teknik semasa berlawan. Selain itu, jurulatih banyak memperbaiki teknik tendangan serta cara untuk mendapatkan mata semasa berlawan.

Latihan tamat pada jam 10.30 malam dengan sedikit rumusan ringkas daripada jurulatih Firdaus. Beliau juga banyak memberi motivasi pada semua atlet yang hadir. Program sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Pihak Unit mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak Unit Pelapis Serantau kerana memberi peluang kepada atlet-atlet Pelapis Negeri.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved