Monday, November 3, 2014

LAPORAN PROGRAM LATIHAN BERSAMA PASUKAN USPTN PULAU PINANG DAN USPTN KEDAH - OLAHRAGA

Tarikh : 31 Oktober 2014 hingga 02 November 2014
Tempat : Stadium Darul Aman
Kehadiran : Atlet 18, JSM 2, Pegawai 1.

Seramai 18 orang atlet Olahraga dan 2 orang jurulatih separa masa (JSM) daripada Pelapis Pulau Pinang dan Program Penggalakkan Sukan telah dibawa untuk menyertai Program Latihan Bersama Pelapis Negeri Kedah.
Objektif latihan ini adalah untuk mendapat latihan dan teknik serta berkongsi program latihan bersama jurulatih Pelapis kedah.

Pasukan Pelapis Pulau Pinang bertolak pada 31 November 2014 dengan menggunakan bas MSNPP dan dikongsi bersama sukan Tinju. Pasukan Pelapis Pulau Pinang telah memilih untuk menginap di Sri Menanti Homestay sepanjang program latihan dijalankan. Program bermula pada 31 Oktober 2014 dan berakhir pada 2 November 2014.

Program latihan yang dijalankan adalah mengikut program JSM Kedah iaitu En Zam Sairon dan dibantu oleh JSM Pulau Pinang En. Nadri dan JSM PPS iaitu En. Hamdi, dimana latihan akan ditumpukan kepada teknik, speed dan Drill 

Hari Pertama, latihan dimulakan pada sesi petang dimana latihan yang dijalankan adalah Jog, warm up, Drill ABC dan speed striding.

Hari Kedua, latihan dijalankan 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Latihan dipecahkan mengikut acara masing-masing dimana di pecahkan kepada beberapa acara iaitu Hurdle, lompatan dan middle. Latihan ini ditumpukan kepada teknik larian, teknik Hurdle, lompatan dan starting blok.

Hari terakhir, atlet di beri latihan light training, cross padang dan di sambung pada sesi petang dengan latihan ditumpukan kepada latihan speed, strenght.

Dari pemerhatian yang dibuat, atlet-atlet dapat memperbaiki teknik dan JSM USPTN Pulau Pinang dapat mempelajari program dari JSM USPTN Kedah. Atlet-atlet juga dapat memahami dan menjalani latihan dengan baik serta dapat menerima arahan dari JSM Kedah. 

JSM Pulau Pinang berharap program ini akan berterusan kerana dapat memperbaiki teknik-teknik atlet serta dapat meningkatkan prestasi atlet ke tahap yang lebih baik.

Pihak USPTN Pulau Pinang mengucapkan jutaan terima kasih kepada USPTN Kedah atas kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan.

Sekian.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved