Saturday, November 22, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA KEM LATIHAN SUKAN TAEKWONDO 2014

Tarikh : 21 November 2014 (Jumaat)
Masa : 2.00 petang - 11.00 malam
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Hari ini berlangsungnya hari pertama Kem Latihan Sukan Taekwondo Pelapis Pulau Pinang bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang yang berkampung dari 21 hingga 23 November 2014. Kem ini disertai seramai 27 atlet, 2 jurulatih dan 4 orang Pegawai. Kem kali ini diketuai oleh ketua jurulatih iaitu Master Maniam Krishnan dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih lain.

Sesi pendaftaran bermula seawal jam 2.00 petang hingga 3.00 petang. Selesai pendaftaran, sesi taklimat ringkas perjalanan kem dapat dilaksanakan sekitar jam 4.00 petang oleh PPN sukan Taekwondo. Sejurus selesai taklimat, aktiviti pertama bersama pihak Institut Sukan Negara Cawangan Pulau Pinang Pn. Loo lean Hiong dapat diadakan. Tajuk ceramah beliau adalah "Nutrition". Dalam pembentangan beliau menerangkan cara-cara pemakanan dan nutrien serta kesan kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan seseorang individu.

Pada sesi sebelah malam, jurulatih meneruskan sesi latihan dimana latihan Sparring Technique serta penafasan dalaman. Sesi latihan tamat jam 11.00 malam. Esok semua atlet akan menjalani Ujian kecergasan yang akan dikendalikan oleh pihak ISNPP pada jam 8.00 pagi.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved