LAPORAN PROGRAM LATIHAN BERSAMA DIANTARA USPTN PULAU PINANG & USPTN KEDAH - SUKAN TINJU
Tarikh : 31 Okt – 2 Nov 2014
Tempat : Majlis Sukan Negeri Kedah
Peserta : 10 Atlit, 1 Jurulatih,
1 Pegawai
Pada 30 Oktober
hingga 2 November 2014 , satu program latihan bersama telah diadakan diantara
Pelapis Pulau Pinang & Pelapis Kedah. Program yang dijalankan selama 3 hari
ini telah diadakan di Majlis Sukan Negeri Kedah. Seramai 6 orang atlit telah
menyertai program kali ni dan mereka adalah yang terlibat dengan Kejohanan
Grand Final yang akan diadakan pada November 2014 di Pahang Darul Makmur.
Hari pertama
program latihan dimulakan dengan latihan ringan bermula jam 5.00 petang dan
berakhir pada jam 7.00 petang. sesi latihan lebih fokus teknik tumbukan
dimana pentinju masih lagi melakukan beberapa kesilapan ketika fasa
tumbukan. Selain itu beberapa teguran dibuat khusus bagaimana posisi tangan dan
badan ketika bertahan.Sesi diakhiri dengan “ Mini Game “.
Hari kedua
program melibatkan dua sesi latihan pagi dan petang dimana setiap sesi diadakan
selama 2 jam. Sesi pagi dimulakan dengan sesi pemanas badan dan diteruskan
dengan latihan kemahiran dalam tinju begitu juga pada sesi latihan petang.Hari
terakhir program diadakan di Stadium Darul Aman. Program latihan fokus kepada
latihan kecergasan. Pelbagai variasi latihan di ajar oleh jurulatih bagi
mempelbagaikan sesi latihan untuk mengelak situasi bosan ketika latihan.
Kesimpulannya,program
kali ini, lebih kepada mempelbagaikan persekitaran sesi latihan dikalangan
petinju. Selain itu, dengan adanya latihan bersama ini para jurulatih dan atlit
dapat bertukar-tukar pandangan serta idea-idea baru dalam mempelbagaikan
latihan untuk meningkatkan prestasi petinju.Diharap, petinju dapat memanfaatkan
teknik-teknik baru yang dipelajari seterusnya memperoleh pingat pada Kejohanan
Grand Final akan datang.
Sekian.
Laporan Oleh
Fazli Hisam Bin
Zainol Abidin
0 comments:
Post a Comment