LAPORAN PERINGKAT KEDUA PROGRAM PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN AKUATIK – RENANG
Tarikh : 23 November 2014 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : Chinese Swimming Club, Pulau Pinang
Masa : 10.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : Chinese Swimming Club, Pulau Pinang
Program
pencarian bakat baru (TID) sukan Akuatik - Renang Pelapis Negeri Pulau Pinang
peringkat kedua telah dijalankan pada 23 November 2014
(Ahad) di Chinese Swimming Club, Pulau Pinang. Seramai 200 orang
telah hadir pada hari tersebut termasuk ibu, bapa dan murid-murid yang terpilih
pada peringkat pertama di beberapa buah sekolah yang terlibat.
Program
dimulakan dengan jurulatih memberi taklimat berkenaan Sukan Akuatik -Renang
kepada ibu bapa. Selain itu, jurulatih juga menerangkan tentang waktu dan hari
latihan kepada kedua ibu bapa dan juga kepada murid-murid yang hadir. Seperti
yang telah dimaklumkan kepada murid-murid sebelum ini, jurulatih juga telah
memaklumkan kepada ibu bapa bahawa murid yang tidak pandai berenang juga
digalakkan menyertai program ini asalkan murid tersebut tidak takut untuk masuk
ke dalam kolam renang kerana jurulatih akan memberi latihan berenang kepada
murid yang terpilih.
Pada sesi
taklimat pada hari tersebut, jurulatih menerangkan murid-murid yang terpilih
perlu menjalani latihan percubaan selama 12 hari pada setiap hari bermula 24
November 2014 (Isnin) sehingga 5 Disember 2014 (Jumaat). Latihan percubaan ini
dijalankan kerana tidak semua murid-murid yang terpilih pandai berenang dan
jurulatih juga memerlukan masa untuk melatih murid-murid tersebut dan juga
memberi masa kepada murid-murid tersebut untuk menyesuaikan diri dalam sukan
ini.
Setelah
jurulatih selesai memberi taklimat, jurulatih telah mengedarkan surat kebenaran
ibu, bapa dan penjaga untuk di tandatangani bagi memberi kebenaran anak-anak
mereka menyertai program ini. Setelah jurulatih selesai mengedarkan surat
tersebut, kesemua murid-murid yang hadir pada hari tersebut samada yang pandai
berenang atau tidak pandai berenang perlu turun ke dalam kolam renang. Bagi
yang belum pandai berenang, mereka diarahkan untuk turun ke dalam kolam renang yang
lebih cetek. Sebelum murid-murid turun ke dalam kolam renang, jurulatih telah
memberikan penerangan tentang keselamatan yang perlu mereka patuhi dan kesemua
mereka dijaga dengan baik oleh jurulatih-jurulatih yang terlibat pada hari
tersebut.
Ibu bapa, murid-murid dan pihak
Persatuan Renang Amatur Pulau Pinang (PASA) telah memberikan sepenuh kerjasama
dengan pihak kami dan program pada hari tersebut telah berjalan dengan lancar
tanpa mengalami sebarang masalah.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan
0 comments:
Post a Comment