LAPORAN PEMANTAUAN KEM MOTIVASI SUKAN TENPIN BOLING
Tarikh : 16 November 2014 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA) Tanjung Bungah
KEHADIRAN
1. En. Cheah Boon Chong - Ketua Satelit ISNPP
2. Pn. Mariani Bt Sanawi - Pegawai Suaian Fizikal ISNPP
3. Pn. How Peck Ngor - Pegawai Psikologi ISN Malaysia
4. Pn. Shareena Delaila Mohd Samim - Pegawai Pemakanan ISN Malaysia
5. En. Albert Yeoh Seng Poh - JSM Tenpin Boling
6. Pn. Nooriani Abdul Rahman - JSM Tenpin Boling
7. Atlet - 19 lelaki & 12 wanita
SESI PERTAMA
Masa : 7.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA) Tanjung Bungah
KEHADIRAN
1. En. Cheah Boon Chong - Ketua Satelit ISNPP
2. Pn. Mariani Bt Sanawi - Pegawai Suaian Fizikal ISNPP
3. Pn. How Peck Ngor - Pegawai Psikologi ISN Malaysia
4. Pn. Shareena Delaila Mohd Samim - Pegawai Pemakanan ISN Malaysia
5. En. Albert Yeoh Seng Poh - JSM Tenpin Boling
6. Pn. Nooriani Abdul Rahman - JSM Tenpin Boling
7. Atlet - 19 lelaki & 12 wanita
SESI PERTAMA
Semua Pegawai serta atlet yang terlibat hadir pada tarikh yang ditetapkan
dengan sesi pendaftaran pada jam 7.00 pagi dimana esi pendaftaran mengambil
selama 30 minit sebelum senamrobik dapat dijalankan. Senamrobik diketuai oleh
jurulatih iaitu En. Albert Yeoh Seng Poh.
SESI KEDUA
Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi
Tajuk : Latihan Suaian Fizikal
Lokasi : Ruang Legar PKSA, Tanjung Bungah.
Sesi kedua dapat diteruskan selepas selesai sarapan pagi. Sesi ini diambil alih
oleh Pegawai Suaian Fizikal Pn Mariani Bt Sanawi dengan tajuk "Latihan
Suaian Fizikal". Sesi ini melibatkan latihan secara teori dan praktikal.
Objektif ini bertujuan mengajar atlet mengenai kadar latihan nadi dan jenis
latihan fizikal yang boleh dipraktikkan di pusat latihan dan regangan statik dan
dinamik keseluruhan anggota badan.
SESI KETIGA
Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi
Tajuk : Asas Teori Pemakanan Sukan
Tempat : Dewan Tertutup Utama
Sesi diteruskan dengan slot "Pemakanan Sukan" oleh Pegawai Institut
Sukan Negara Malaysia Pn. Shareena Delaila Mohd Samim. Slot ini berguna untuk
atlet Tenpin Boling bagi mengajar cara-cara makanan dan nutrien dan juga
kesannya kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan seseorang individu.
Pemakanan sukan adalah bidang untuk mengaplikasikan strategi pemakanan bagi menggalakkan
kesihatan adaptasi kepada latihan, pemulihan segera dari sesi latihan dan
prestasi optimal semasa pertandingan.
SESI KEEMPAT
Masa : 11.30 pagi - 12.30 Tengahari
Tajuk : Psikologi Sukan
Tempat : Dewan Tertutup Utama
Sebelum berhenti rehat makan tenghari, slot psikologi sukan dimulakan dgn
pengenalan tentang "Psikologi Sukan" yang disampaikan oleh Pegawai
Psikologi ISN Malaysia Cik How Peck Ngor. Dalam sesi ini, beliau cuba
menekankan tentang kepentingan sesi latihan mental dan cara cara mengawal emosi.
SESI KELIMA
Masa : 2.00 petang - 3.00 petang
Tajuk : Fisiologi Senam
Tempat : Dewan Tertutup Utama
Sesi ini disampaikan oleh En. Cheah Boon Chong Pegawai Fisiologi Senam dan juga
selaku Ketua Pusat Satelit ISN Pulau Pinang. Didalam sesi beliau, beliau
menerangkan tentang tindakbalas yang berlaku kepada tubuh badan kesan daripada
aktiviti fizikal ataupun senaman dan latihan, cara mempercepatkan proses
penyembuhan.
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Tajuk : Team Building
Tempat : Gelanggang Serbaguna
Selesai sesi indoor bersama penceramah dilantik, atlet serta jurulatih
berkumpul untuk menjalankan sesi "Team Building". Dalam slot ini
sebanyak 4 games dapat dibuat iaitu permainan konsentrasi menggunakan straw dan
gelang getah, Permainan kerjasama menggunakan gegelung Hula Hoop, permainan
teknik pernafasan menggunakan belon dan aktiviti berkumpulan.
Secara keseluruhan, sesi ini berjalan dengan lancar dan kem sebegini akan
diteruskan lagi pada masa akan datang. Pihak Unit mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak ISNM dan Pusat Satelit ISN Pulau Pinang kerana membantu
melancarkan program ini. Sebelum bersurai sesi penyampaian sijil kepada semua
atlet yang terlibat.
Sekian, Terima Kasih
Laporan dari PKSA Tanjung Bungah
0 comments:
Post a Comment