LAPORAN SEMINAR SAINS SUKAN (PEMAKANAN SUKAN) BAGI SUKAN TENPIN BOLING
Tarikh
: 15 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi hingga 11.30 pagi.
Tempat : Bilik Cemerlang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
Masa : 7.00 pagi hingga 11.30 pagi.
Tempat : Bilik Cemerlang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
KEHADIRAN
1.
Puan Loo Lean Hiong - ISN PP
2.
En. Hamidi Bin Lokman – PKU USPTNPP
3.
En. Yeoh Seng Poh, Albert – JSM
4.
En. Kamal Bin Omar – JSM
5.
Pn. Nooriani Abdul Rahman - JSM
8.
Atlet - 27 Orang Pelapis
9.
Ibu bapa - 15 orang
Pada 15 Mac 2014, pihak USPTN Pulau Pinang dengan
kerjasama Pusat Satelit ISN Pulau Pinang telah mengadakan Seminar Sains Sukan
dengan tajuk "Fueling For Performance" khusus untuk
atlet Tenpin Boling Pulau Pinang. Sebelum bermula seminar ini, para atlet perlu
berpuasa selama 8 jam.
Sebelum seminar bermula, atlet dikehendaki menjalani satu
ujian “In Body” yang bertujuan untuk mengukur tahap kandungan peratusan
lemak dan otot. Hasil setiap ujian yang dibuat berbeza mengikut individu.
Bengkel diteruskan dengan sesi ceramah pemakanan sukan yang disampaikan oleh
Puan Loo Lean Hiong dari ISNPP. Melalui slot ini, para atlet diberitahu cara
pengambilan air yang betul ketika latihan dan selepas latihan demi menjaga
prestasi. Selain itu, beliau melakukan demonstrasi cara penyediaan "MINUMAN
SUKAN" dengan mencampurkan beberapa jenis bahan yang dibeli.
Ia amat bagus kerana dengan cara ini, kita dapat mempelbagaikan minuman
tambahan atlet disamping dapat meminimumkan kos.
Seterusnya, beliau turut meyampaikan tajuk mengenai
pemakanan sukan dimana para atlet diajar cara mengambil makanan yang betul
untuk menjaga berat badan yang sepatutnya. Akhir sekali, turut diadakan sesi
soal jawab diantara atlet, ibu bapa dan Puan Loo Lean Hiong. Tidak ketinggalan
ibu bapa yang memenuhi program turut bertanya mengenai isu pemakanan.
Kesimpulan daripada program ini, atlet sedikit sebanyak
dapat menambah ilmu sains sukan yang sepatutnya ada pada diri seorang atlet dan
cara mereka mengaplikasikan melalui latihan yang mereka jalankan. Pihak ISN
bersetuju untuk membantu mereka yang terpilih ini dengan hadir secara peribadi
untuk mengikuti program khas.
Sekian,Terima
Kasih
Laporan
Disediakan Oleh
Mohd
Suhaimi Bin Md Salleh
0 comments:
Post a Comment