Monday, March 10, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN KFC PENANG OPEN REGATTA 2014

Tarikh : 7 hingga 9 Mac  2014
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Penang Swimming Club, Tanjung Bungah Pulau Pinang

Bertempat di Penang Swimming Club, Tanjung Bungah Pulau Pinang, seramai 6 orang atlet dibawah program pelapis telah menyertai Kejohanan KFC Penang Open Regatta 2014. Kejohanan ini bermula pada 7 hingga 9 Mac  2014. Untuk Kejohanan kali ini atlet Pulau Pinang telah menyertai acara Laser 4.7 (Men) & Optimist. Berikut keputusan mengikut acara yang disertai.

Overall Optimist
1. Mohd Syamim Azim Bin Sahari (Tempat  ke-11)
2. Israr Hazim Bin Ismail (Tempat ke-5)
3. Ibnu Assyad bin Mohd Yusof (Tempat ke-10)
4. Nurul Syazwanie Bt Mohd Saad (Tempat ke-13)
5.Muhammad Nur Aliff Bin Mohd Hanif ( Tempat ke- 70 )

Laser 4.7 Men
1. Muhd Hamdan Faiz Bin Ahmad Shukri (Tempat ke-13)
           
ULASAN RINGKAS

Untuk Kejohanan ini prestasi atlet menurun. Hal ini telah dipanjangkan kepada jurulatih untuk diambil tindakan sepatutnya. Bermain di tempat sendiri sewajarnya menjadi kelebihan untuk tuan rumah tetapi sebaliknya. Dari segi peralatan, masih terdapat kekurangan yang perlu ditambah baik untuk mendapat result yang baik pada kejohanan-kejohanan akan datang. Secara keseluruhan, masih banyak yang perlu diperbaiki khusus dari segi persediaan atlet sebelum,semasa dan selepas kejohanan. Di harap pada kejohanan seterusnya atlet dapat meningkatkan prestasi ke tahap yang tertinggi.
   
Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved