LAPORAN BENGKEL PERIODISASI USPTN PULAU PINANG
Tarikh
: 22 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 am hingga 5.00 pm
Tempat : Bilik Cemerlang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Masa : 9.00 am hingga 5.00 pm
Tempat : Bilik Cemerlang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
KEHADIRAN
1.
En.Cheah Boon Chong- ISNPP
2.
Kakitangan USPTNPP
3.
12 Jurulatih Separuh Masa USPTNPP
Pada 22 Mac 2014, pihak USPTN Pulau Pinang dengan
kerjasama ISN Satelit Pulau Pinang telah mengadakan “Refresher Course“
untuk plan periodisasi bagi setiap jurulatih Separuh Masa (JSM) USPTN
Pulau Pinang. Program ini terbahagi kepada 2 sesi dimana ia dimulakan dengan
sesi teori pada sebelah pagi dan diikuti sesi praktikal pada sesi
petang.Kehadiran kurang memuaskan berikutan beberapa jurulatih terlibat dengan
kejohanan.
Untuk sesi teori Mr Cheah Boon Chong telah membincangkan
bagaimana cara untuk membina plan periodisasi yang efektif untuk meningkatkan
prestasi atlet ke tahap yang optimum. Jurulatih juga di kehendaki membentangkan
“Strength & Weakness“ sukan masing-masing. Ini memberi peluang kepada
mereka untuk berkongsi masalah dan idea dalam memajukan sukan yang dipertangung
jawabkan kepada mereka.
Pada sebelah petang di dalam sesi praktikal, jurulatih
diminta melakarkan plan periodisasi mereka untuk tahun 2014. Sesi ini lebih
menjurus kepada kefahaman dan kemahiran jurulatih dalam merancang program untuk
sukan masing- masing mengikut takwim tahunan yang telah diberi.Elemen
kreativiti dalam merancang program sangat di tekankan dengan mempelbagaikan
corak latihan mengikut fasa-fasa plan periodisasi. Bengkel berakhir pada jam
5.00 petang.
Sekian,Terima
Kasih
Laporan
Disediakan Oleh
Fazli
Hisam Bin Mohd Zainol Abidin
0 comments:
Post a Comment