LAPORAN PEMANTAUAN KEM LATIHAN TAEKWONDO
Tarikh : 28 Februari hingga 2 Mac 2014
Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.
KEHADIRAN
1. En. Maniam a/l Krishnan - JSM
2. G.Krisnavani - Jurulatih Sukma Negeri
3. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN
4. En. Kelvin Tan Cheng Seng - Penyelaras Sukan MSNPP
5. Pn. Loo Lean Hiong - Pegawai Pemakanan Sukan ISNPP
6. Pn. Mariani Bt Sanawi - Pegawai Suaian Fizikal ISNPP
7. Pelajar Praktikal ISNPP - 1 orang
HARI PERTAMA
28 Februari 2014 (Jumaat)
Pada hari pertama kem, jurulatih dan atlet telah hadir
untuk sesi lapor diri & pendaftaran bermula jam 4.00 petang dan taklimat
ringkas berkaitan taklimat kem dan penerangan jadual, pengisian program
sepanjang kem 3 hari berlangsung. Kem ini telah dihadiri oleh 2 orang
jurulatih dan 16 orang atlet (9 lelaki & 7 wanita).
Tujuan kem ini dapat diadakan bertujuan untuk memberi
pendedahan serta motivasi pada semua atlet. Disamping itu juga mengingatkan
atlet berkenaan persediaan dari segi mental, fizikal dan emosi sebelum bertanding
ke kejohanan berprestij iaitu Sukan Malaysia XVII, Perlis 2014. Ia juga menilai
serta menguji tahap kecergasan dan kemahiran dalam sesi latihan.
Pada sesi sebelah malam, satu ceramah berkenaan sesi
"Pemakanan Sukan" telah disampaikan oleh Pegawai Pemakanan Sukan
ISNPP Puan Loo Lean Hiang. Antara intipati ceramah adalah berkaitan cara-cara
pemakanan sebelum, semasa dan selepas samaada dalam latihan mahupun
kejohanan.
Kem hari pertama tamat pada jam 10.30 malam. Sesi hari
kedua kem akan bersambung pada 1 Mac 2014 (Sabtu)
HARI KEDUA
1 Mac 2014 (Sabtu)
Hari kedua aktiviti bermula pada jam 7.00 pagi dengan
perjumpaan ringkas dan diikuti sesi pemanasan badan. Selepas sarapan pagi
jurulatih dan atlet bergerak ke Dewan Silat MSNPP untuk menjalani latihan. Sesi
latihan pagi tertumpu ke arah "Fizikal Training" seperti jogging 4
km, 2 meter speed run sehingga 12.30 tengahari.
Aktiviti bersambung pada jam 2.00 petang. Untuk sesi
petang diteruskan lagi dengan sesi ceramah "Suaian Fizikal" yang
disampaikan oleh Pegawai Suaian Fizikal ISNPP Puan Mariani Binti Sanawi. Antara
perkara-perkara yang ditekan semasa ceramah adalah Asas Pendidikan Suaian
Fizikal, Asas Anatomi Tubuh Badan. Selain itu, Pn Mariani juga mengadakan sesi
kuiz serta pembentangan setiap kumpulan atlet. Sesi ceramah tamat pada jam 4.00
petang.
Selepas solat asar, semua atlet sekali lagi menjalani
rutin harian iaitu latihan. Sesi latihan petang "Skill, Technique &
Sparring" selama 2 jam dijalankan sebelum berhenti untuk makan malam.
Pada sesi sebelah malam, sesi tayangan video tidak dapat
dijalankan atas sebab Pegawai yang ingin memberi penerangan tidak dapat hadir.
Slot "Tayangan Video" ditukar kepada sesi penerangan oleh jurulatih. Jurulatih
mengambil masa 1 jam untuk memberi penerangan bagaimana setiap atlet untuk
menghadapi lawan dalam keadaan apa sekali pun. Jurulatih juga menyelitkan
sedikit teknik-teknik serta kesalahan yang kerap dilakukan oleh atlet
bertanding.
Sesi hari kedua tamat pada jam 10.30 malam.
HARI KETIGA (HARI TERAKHIR)
2 Mac 2014 (Ahad)
Kem telah memasuki hari terakhir dan sesi perhimpunan
pagi dibatalkan berikutan memberi laluan kepada atlet untuk berehat panjang.
Sesi bermula selepas sarapan pagi dan latihan dijalankan seperti biasa. latihan
pagi ini terarah kepada latihan "Sparring". latihan ini juga bagi
menguji tahap kecergasan setiap atlet bagi menghadapi kejohanan.
Secara keseluruhan kem ini berjalan dengan lancar dan
setiap atlet yang hadir gembira sepanjang kem ini berlangsung. Semoga kem
seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa -masa akan datang.
Kem ini berakhir dengan jayanya pada 12.30 tengahari.
Sekian, Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Sallleh
0 comments:
Post a Comment