Saturday, March 1, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 28 Februari 2014 (Jumaat)
Masa : 7.00 malam hingga 10.00 malam.
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Foong Kok Seng – JSM
2. Zhang Jin Quan – JLN (Majlis Sukan Negeri)

ATLET
1. 3 orang (atlet lelaki)

LATIHAN
1. Berlari dan memanaskan badan (Regangan)
2. Senam Lantai
3. Latihan Fizikal
4. Latihan Kekuatan
5. Palang Sejajar
6. Mushroom

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kebanyakan peralatan koyak, berkarat dan rosak seperti :
      i. Trampoline – Jaring sudah koyak
      ii. Pommel Horse – Tempat pemegang sudah patah
      iii. Palang Sejajar – Berkarat dan tidak dapat diselaraskan lagi
      iv. Mattress – Koyak dan berlubang

PROGRAM BINAAN
1. Telah dijalankan pada 11 Februari 2014 (Selasa) yang lalu di SJK (C) Chun Shan, SJK (C) Chung Hwa Confusion A dan SJK (C) Chung Hwa Confusion B.

ULASAN RINGKAS
1.  Jurulatih Foong Kok Seng telah menghantar laporan penuh peralatan yang rosak di Akademi Gimnastik Artistik MSNPP kepada PPN. Laporan tersebut sedang dalam semakan dan akan dihantar dalam masa terdekat kepada Pengurus Sukan Gimnastik - Artistik.
2. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana sekolah menjalankan peperiksaan dan atlet lebih menumpukan perhatian terhadap peperiksaan yang dijalankan.
3. PPN juga sentiasa memantau kehadiran, komitmen dan disiplin atlet baru dalam menjalani latihan gimnastik dan PPN melihat kehadiran mereka kurang memberangsangkan.
4. Jurulatih Foong Kok Seng juga memberitahu bumbung tempat latihan bocor dan apabila hujan, tempat latihan akan dimasuki air dan mattress akan basah.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved