Friday, February 28, 2014

VANESSA RAJ DIUNDI BERTEMU LAURA MASSARO DI WOMEN'S WORLD OPEN SQUASH CHAMPIONSHIPS 2014


Atlet skuasy pelapis negeri Pulau Pinang Vanessa Raj telah diundi bertemu pemain skuasy wanita nombor 2 dunia Laura Massaro di pusingan pertama pada Kejohanan Women's World Open Squash Championships 2014. Jaguh skuasy remaja kelahiran Pulau Pinang tersebut layak bersaing pada kejohanan skuasy terbuka dunia selepas mendapat tiket wildcard. Buat pertama kalinya, Pulau Pinang dipilih menjadi tuan rumah kejohanan berprestij ini yang bakal berlangsung pada 15 hingga 23 Mac 2013 di SPICE Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang. Vanessa yang ketika ini menghuni tangga ke 102 dunia dalam ranking Women's Squash Association (WSA) masih segar dengan kejayaan meraih dua pingat emas pada Sukan Remaja Asia 2014 di Nanjing, China. Pada tahun ini, beliau telah menandatangani kontrak 2 tahun bersama Persatuan Squash Malaysia (SRAM) sebagai pemain sepenuh masa (Fulltime). Diharap peluang beraksi pada kejohanan skuasy peringkat tertinggi  dunia seperti ini menjadi pemangkin kepada beliau dan atlet lain untuk meraih kecemerlangan pada masa hadapan. Akhir kata, tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Vanessa Raj kerana terpilih bersaing pada kejohanan pada kali ini. 

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved