LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN 11TH-NSC-LANGKAWI INTERNATIONAL REGATTA PERDANA 2014
Tarikh: 13 – 16 Februari 2014
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Pulau
Langkawi, Kedah Darul Aman
Bertempat di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan,
seramai 6 orang atlet dan 2 orang jurulatih telah menyertai Kejohanan 11th Kfc-Langkawi
International Regatta Perdana 2014.Kejohanan ini bermula pada 13 hingga 16
Februari 2014. Untuk Kejohanan kali ini atlet Pulau Pinang telah menyertai
acara Laser 4.7 (Men) & Optimist. Berikut keputusan mengikut acara yang
disertai.
Overall Optimist
1. Mohd
Syamim Azim Bin Sahari (Tempat ke-11)
2. Israr
Hazim Bin Ismail (Tempat ke-17)
3. Ibnu
Assyad bin Mohd Yusof (Tempat ke-21)
Optimist Wanita
1. Nurul Syazwanie Bt Mohd Saad (Tempat ke-3)
Laser 4.7 Men
1. Muhd
Hamdan Faiz Bin Ahmad Shukri (Tempat ke-12)
Laser Radial Men
1. Mohd Syairul Aiman Bin Mohd Sahari (Tempat ke-7)
ULASAN RINGKAS
Secara keseluruhan prestasi atlet masih di peringkat
sederhana,kekurangan dari segi peralatan menjadi salah satu faktor penentu
keputusan akhir pertandingan. Peralatan yang digunakan pasukan lawan jauh lebih
baik daripada yang dimiliki pasukan Pulau Pinang. Hal ini akan cuba
dipanjangkan lagi kepada pihak Majlis Sukan Negeri bagi mendapatkan bantuan
kelengkapan. Untuk kejohanan seterusnya, Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah
bagi Kejohanan 5th KFC-PSC International Regatta 2014 pada 7
hingga 9 Mac 2014 bertempat di Tanjung Bunga, Penang. Di harap
pada kejohanan seterusnya atlet dapat meningkatkan prestasi ke tahap yang
tertinggi.
Sekian, Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin
0 comments:
Post a Comment