LAPORAN RINGKAS PROGRAM TALENT ID (TID) SUKAN GIMNASTIK - ARTISTIK (PULAU PINANG)
Tarikh
: 11 Februari 2014 (Selasa)
Masa : 9.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : SJK (C) Chun Shan, SJK (C) Chung Hwa Confusion A dan SJK (C) Chung Hwa Confusion B
Jurulatih : Foong Kok Seng (JSM) dan Liu Shunan (JLN)
Pegawai : Puan Noor Falissa Binti Shabudin (Penyelaras MSNPP) dan PPN Azira Binti Azizan
Masa : 9.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : SJK (C) Chun Shan, SJK (C) Chung Hwa Confusion A dan SJK (C) Chung Hwa Confusion B
Jurulatih : Foong Kok Seng (JSM) dan Liu Shunan (JLN)
Pegawai : Puan Noor Falissa Binti Shabudin (Penyelaras MSNPP) dan PPN Azira Binti Azizan
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jurulatih Sukan Gimnastik dan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program
Talent Identification (TID). Program ini dijalankan untuk mencari bakat-bakat
baru yang berminat dan berbakat untuk diserap masuk ke dalam Program Pelapis
Negeri 2014 dan untuk menjadi pelapis muda yang akan mewakili Negeri Pulau
Pinang secara amnya atau ke peringkat yang lebih tinggi.
Oleh yang demikian, Pihak Majlis telah mengadakan sesi ujian mengenalpasti
bakat Talent ID (TID) bagi sukan gimnastik di beberapa buah sekolah rendah yang
terlibat dan program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada
para pelajar. Jurulatih memberi taklimat kepada pelajar berkenaan sukan
gimnastik. Selepas jurulatih selesai memberi taklimat, Jurulatih membuat
pemilihan dan memilih pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan sukan
gimnastik seperti ketinggian berdiri, panjang depa, ketinggian duduk dan berat
badan.
Hasil daripada program ini, seramai 40 orang pelajar telah
terpilih dari 3 buah sekolah yang terlibat untuk menjalani ujian peringkat
kedua di Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang pada 20
Februari 2014 (Khamis). Untuk pelajar perempuan, ujian peringkat kedua
dijalankan pada waktu petang iaitu pukul 3.00 hingga 6.00 petang bersama
jurulatih Liu Shunan manakala untuk pelajar lelaki pula ujian dijalankan pada
waktu malam iaitu pukul 7.30 malam hingga 10.30 malam. Ujian yang dijalankan
pada hari tersebut ialah ujian kecergasan iaitu ujian lari pecut 40M, ujian
duduk dan jangkau, ujian lari ulang-alik 10M dan ujian lompat jauh berdiri.
Setelah selesai ujian yang dijalankan pada hari tersebut, jurulatih Foong Kok
Seng (JSM) telah memilih seramai 8 orang pelajar lelaki dan jurulatih Liu
Shunan telah memilih 11 orang pelajar perempuan untuk menjalani latihan sukan
gimnastik. PPN akan menjalankan pemantauan seperti biasa bagi melihat perkembangan
latihan atlet-atlet baru yang terpilih.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan
0 comments:
Post a Comment