Tuesday, February 11, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SKUASY

Tarikh : 10 Februari 2014 (Isnin)
Masa : 4.00 PM hingga 7.00 PM
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Wong Kee Hing, Mathew (JSM)
3. Aaron Soyza (JSM MSNPP)
4. 17 orang atlet pelapis dan pembangunan

LATIHAN
1. Match play
2. Backhand dan Forehand drills
3. Sparring training
4. Latihan bersama atlet skuasy wanita negara Low Wee Wern.

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Skuasy Remaja Kebangsaan 2014 pada 12 hingga 16 Februari 2014 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
2. Kejohanan Skuasy Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) pada 18 hingga 21 Februari 2014 di NDISC, Bukit Dumbar, Pulau Pinang

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. Latihan pada kali ini tertumpu kepada persediaan atlet-atlet Pelapis bagi menghadapi Kejohanan Skuasy Remaja Kebangsaan 2014 yang akan bermula pada 12 hingga 16 Februari 2014 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 
2. Pasukan Pulau Pinang bakal mempertaruhkan seramai 26 orang atlet terdiri daripada 12 atlet lelaki dan 14 atlet wanita. Mereka akan bersaing dalam kategori BU11, BU13, BU15, BU17, GU11, GU13, GU15, GU17 dan GU19. 
3. Selain itu, Jurulatih memaklumkan bahawa Kejohanan Skuasy Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) akan berlangsung pada 18 hingga 21 Februari 2014 di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC) Bukit Dumbar.
4. Pada bulan Mac, Pulau Pinang mencatatkan sejarah bagi sukan skuasy apabila bakal menganjurkan Kejohanan "Women's World Open Squash Championships 2014" dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 23 Mac 2014 di Penang International Sports Arena (PISA).

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved