Saturday, February 22, 2014

KEJOHANAN SKUASY MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG (MSSPP) 2014

Tarikh : 18 - 20 Februari 2014
Masa : 2.00 Petang hingga 6.00 Petang
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin - JPM
2. Mathew Wong Kee Hing - JSM
3. Mohd Jalil Bin Ibrahim - JSM
4. Aaron Soyza - JSM MSNPP

Bertempat di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC) telah berlangsung Kejohanan Skuasy Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP). Pertandingan ini dijalankan selama tiga hari bermula 17 hingga 20 Februari 2014. Seramai 129 orang peserta mewakili sekolah masing-masing telah mengambil bahagian bersaing pada kejohanan kali ini. Enam acara telah dipertandingkan bagi peringkat umur 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun yang membabitkan kategori Lelaki dan Wanita. Pihak penganjur kejohanan menggunakan format kalah mati (knock out system) bagi menentukan pemenang. Ia sedikit berbeza dengan pertandingan biasa di peringkat remaja kebangsaan yang biasa menggunakan sistem sirkit. Pemenang-pemenang pada peringkat ini akan mewakili MSSPP bagi Kejohanan Skuasy MSSM 2014 yang bakal berlangsung di Negeri Sembilan. Atlet-atlet pelapis negeri mendominasi bagi kesemua acara yang telah dipertandingkan.

Berikut adalah keputusan rasmi bagi kejohanan ini:

LELAKI

12 Tahun
1. Nicolas Chee
2. Ishant Shah
3. Lee Yi Guan

15 Tahun
1. Afy Luqman
2. Julian Joshua Wong
3. Muhammad Ezzat

18 Tahun
1. Ryan Pasqual
2. Muhammad Ezzri
3. Amitaesh Thevanathan

WANITA

12 Tahun
1. Teoh Li Yen
2. June Loke
3. Rachel Poh

15 Tahun
1. Zetty Zawanah
2. Nur Natasha Nabila
3. Lee Jia Wei

18 Tahune
1. Sara Chew
2. Chloe Law
3. Risha Shamini

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved