MAJLIS 100 HARI COUNTDOWN SEMPENA SUKAN MALAYSIA XVII PERLIS 2014
Tarikh : 13
Februari 2014 (Khamis)
Masa : 4.15 petang
Tempat : Straits Quay, Tanjong Tokong
Masa : 4.15 petang
Tempat : Straits Quay, Tanjong Tokong
Hari ini bermulalah debaran 100 hari ke Sukan Malaysia XVIi Perlis 2014 untuk
atlet-atlet Pulau Pinang. Penganjuran ini adalah inisiatif daripada MSNPP
dengan kerjasama ISN dan USPTN. Penganjuran ini juga melibatkan kesemua atlet
yang akan bertanding ke Sukan Malaysia XVii Perlis 2014 dengan kehadiran atlet
seramai 187 orang, jurulatih 21 orang, pengurus pasukan 8 orang yang melibatkan
21 sukan.
Objektif penganjuran ini diadakan adalah sebagai pembakar semangat kepada
kesemua atlet sebelum menjelangnya Sukan Malaysia Perlis 2014. Selain itu,
pelancaran ini juga sebagai pemangkin kepada setiap atlet untuk berlatih
bersungguh-sungguh.
Pelancaran majlis ini telah dirasmikan oleh yang Berhormat chong Eng Exco Belia
dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Pulau Pinang mewakili YAB
Ketua Menteri Pulau Pinang. Turut hadir sama yang berhormat Dato' Haji Mohd
Rashid Bin Hasnon Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Sekian, Terima Kasih
Laporan dari Strait Quay.
0 comments:
Post a Comment