Tuesday, February 11, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA LATIHAN BERSAMA WOLRD TAEKWONDO PEACE CORPS (KOREA)

Tarikh : 10 Februari 2014 (Isnin)
Masa : 6.40 petang - 9.30 malam
Tempat : Dewan Silat MSNPP

KEHADIRAN
1. Maniam a/l Krishnan - JSM
2. G.Krihnavani - Jurulatih Sukma Negeri
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN
4. Jurulatih Peace Corps Korea - 4 orang
5. Atlet - 9 lelaki & 10 wanita

LATIHAN

1. Light Streching
2. Movement Streching
3. Foot Work
- Moving Forward, Backward & Shuffle.
4. Foot Work and Kicking (combined)
5. Target Kicking
- High Front Kick
- Middle Front Kick
- Front leg turning kick left & right
- Choping Kick

ULASAN RINGKAS
Seramai 19 orang (9 lelaki & 10 wanita) telah hadir untuk mengikuti latihan bersama World Taekwondo Peace Corps bermula hari ini dengan dibimbing oleh jurulatih-jurulatih dari Korea (4 orang) dan dibantu oleh jurulatih Pelapis Negeri iaitu Master Maniam Krishnan dan G.Krishnavani.

Sesi jelajah pasukan World Taekwondo Peace Corps talah masuk hari ke-9 dimana Pulau Pinang sebagai lokasi persinggahan untuk mengadakan latihan bersama Skuad Taekwondo Pelapis Negeri. Sesi latihan ini akan diadakan selama 3 hari bermula 10 Februari hingga 12 Februari 2014 di lokasi yang berbeza iaitu di MSNPP dan Dewan Ria Butterworth. Untuk hari terakhir, pasukan TPC akan singgah menjalani latihan bersama pasukan Serantau.

Tujuan utama latihan ini adalah untuk memberi peluang kepada atlet-atlet menjalani latihan secara berkelompok dismaping mendapat ilmu dan pengalaman baru daripada jurulatih Korea. Di samping itu juga, atlet-atlet dapat mempelajari teknik-teknik baru sebagai bekalan supaya boleh dipraktik semasa kejohanan.

Sesi latihan bersama jurulatih Korea tamat pada jam 9.30 malam. Sesi latihan akan bersambung esok hari di PLN Dewan Ria Butterworth.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved