LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT (TID) SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK 2016
Tarikh : 17 &
19 Februari 2016
Tempat : Dewan
Sekolah
Masa : 8.00 pagi
hingga 12.00 tengahari
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) dengan
kerjasama Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) Pulau Pinang dan
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) telah menjalankan Program
Mengenalpasti Bakat (TID) bagi sukan Gimnastik Artistik. Bagi fasa pertama ini
melibatkan enam buah sekolah rendah iaitu SJK (C) Min Sin, SJK (C) Shang Wu,
SJK (C) Chung Hwa A dan SJK (C) Chung Hwa B pada 17 Februari 2016 manakala SK
Minden Height dan SJK (C) Kheng Tean pada 19 Februari 2016. Program TID ini
menfokuskan kepada murid-murid tahun 1 di kesemua sekolah yang membabitkan
penyertaan hampir 450 orang murid. Manakala, fasa kedua akan dijalankan di
Sekolah Rendah selepas tamat MSSPP Gimnastik Artistik pada 23 - 24 Februari
2016 yang akan dibincangkan kembali oleh jurulatih dan PPN.
Tapisan pertama pemilihan telah dijalankan oleh Liu
Shu Nan, Foong Kok Seng dan Jessica Tan Ai Ling dengan menilai beberapa aspek
fizikal murid. Seterusnya, murid-murid yang melepasi penilaian jurulatih akan
di uji oleh Pasukan TID Pusat Satelit ISNPP yang diketuai oleh En. Ahmad Zaidi
Bin Muhamad Rosdi. Antara ujian TID yang dijalankan adalah antropometrik (berat
badan, tinggi, tinggi duduk dan panjang depa, kuasa (lompat jauh berdiri),
kepantasan (20 meter lari pecut), kelenturan (depth of slope dan side split)
dan keseimbangan (balance stork test).
Seramai 70 orang murid-murid daripada enam buah
sekolah telah terpilih menjalani ujian TID selepas tapisan pertama oleh
Jurulatih Liu Shu Nan, Foong Kok Seng dan Jessica Tan Ai Ling.
Analisa seterusnya dilakukan oleh pihak ISNPP bagi menilai ujian TID yang
telah dijalankan. Atlet-atlet yang disenarai pendek hasil dari ujian ini perlu
hadir ke sesi latihan pertama pada 29 Februari 2016 mereka perlu menjalani
latihan di Gimnasium MSNPP selama sebulan sebelum pemilihan seterusnya
dijalankan. Program TID ini diharap dapat dijadikan platform bagi jurulatih
untuk mendapatkan bakat-bakat baru sukan Gimnastik Artistik bagi negeri Pulau
Pinang.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh,
Nursyafiqah Binti Salamat
0 comments:
Post a Comment